FAM tiada bukti kukuh bantah pemain lebih umur Myanmar

Pemain lebih umur Myanmar vs Malaysia Kelayakan Piala AFC

SETIAUSAHA Agung FAM, Datuk Azzuddin Ahmad hari ini mengesahkan bahawa FAM tidak akan membuat bantahan kepada AFC terhadap pemain lebih umur Myanmar.

Kelayakan Piala AFC Bawah 22 Kumpulan G di Yangon, Myanmar telah dilanda kontroversi selepas pasukan tuan rumah itu dipercayai telah menurunkan pemain lebih umur dalam skuad mereka.

Pasukan Malaysia B22 telah membuat bantahan awal sejurus selepas perlawanan dengan Myanmar di Yangon dan AFC telah mengesahkan bahawa mereka telah menerima bantahan tersebut daripada Komisioner Perlawanan Malaysia B22 vs Myanmar B22 di Yangon.

Mengikut peraturan AFC, pihak FAM harus menghantar surat bantahan rasmi kepada AFC dalam masa 48 jam selepas perlawanan tersebut dan ini bermakna FAM mempunyai masa sehingga jam 6 petang semalam.

Namun, FAM hari ini telah mengesahkan di sidang media bahawa mereka tidak akan menghantar bantahan rasmi kepada AFC kerana bukti yang diterima tidak kukuh dan dikhuatiri jika dihantar bantahan tanpa bukti kukuh, ia hanya akan memberi imej buruk kepada FAM.

“Saya mengesahkan bahawa pasukan Malaysia telah pun menghantar surat bantahan awal semasa mereka berada di Yangon selepas perlawanan.” kata Datuk Azzuddin.

Tambahnya lagi: “Pada 5 Julai, semalam, AFC telah memaklumkan kepada FAM bahawa mereka telah menerima surat bantahan awal di Yangon dan telah memberi garis panduan kepada kami tentang apa yang selanjutkan patut dilakukan.”

“FAM telah membuat siasatan secara terperinci dan kami terima data-data dari banyak sumber termasuk dari AFC.

“FAM juga berhati-hati agar perkara ini tidak memberi implikasi yang tidak baik kepada imej dan hubungan Malaysia dengan negara ASEAN.” jelasnya.

Datuk Azzuddin turut memberitahu beliau juga telah memaklumkan hal ini kepada Presiden FAM dan sebab-sebab mengapa FAM tidak bantah.

Menurutnya lagi, maklumat asas dan rasmi yang diguna oleh AFC adalah berdasarkan dokumen rasmi seperti passport yang telah didaftarkan oleh AFC.

Sukan Asia, Sukan SEA dan Piala Suzuki AFF tidak jatuh di bawah AFC. Ini bermakna data-data yang dalam pendaftaran Sukan SEA, Sukan Asia dan AFF adalah di luar rujukan AFC.

“Saya mungkin orang terakhir tidak menyokong bantahan ini tetapi pihak sekreteriat perlu berhati-hati supaya tiada implikasi yang akan menjejaskan imej dan kredibiliti FAM.” kata Azzuddin.

Menurut AFC, mereka tidak mengambil kira bukti melalui laman web yang tidak diakui oleh mereka kerana laman web boleh diubah atau digodam.

“Bukti yang diberi oleh media dan dari laman web tidak boleh digunakan sebagai bahan bukti kerana AFC tidak akui bukti seperti itu.” jelasnya lagi.

“Kami hanya boleh menggunakan dokumen rasmi yang dihantar oleh kerajaan Myanmar kepada AFC dan tidak menjadi amalan AFC atau FAM untuk mempersoalkan kesahihan dokumen yang telah dikeluarkan oleh kerajaan Myanmar atau mana-mana kerajaan.”

FAM juga telah mendedahkan dokumen peribadi pemain-pemain yang didakwa terlebih umur dan menurut Setiausaha Agung itu, kapten Myanmar B22, Kyaw Zayar Win mempunyai nama yang sama dengan pemain yang lebih tua itu.

“Pemain-pemain ini mempunyai nama yang sama tetapi mereka adalah dua orang yang berlainan berdasarkan paras rupa dan dokumen rasmi kerajaan Myanmar.

“Apa yang di sebalik dokumen ini kita tidak tahu tetapi kita hanya boleh berpandukan dokumen-dokumen ini.”

Kegagalan FAM untuk menghantar bantahan rasmi kepada AFC ini bermakna tiada penyiasatan ke atas Myanmar akan diadakan.

- espnstar.my

Related Posts

17 Responses to FAM tiada bukti kukuh bantah pemain lebih umur Myanmar

  1. FAM baru tahu bagaimana rasanya di tindas..diperkotak katikkan. Moralnya FAM jgn jd mcm durian & mentimun..adil & telus lah..

    • FAM takdak wawasan dan teloq. Mengaku kalah sebelum berjuang - mungkin faktor usia lanjut. Kalau nak tengok bolasepak negara meningkat ranking, tak ada jalan lain kena overhaul dengan team pengurusan yang muda2 dan ada teloq. Udah2 lah tu pegang bola. Pi jadi JKK masjid pun lagi baik.

  2. Gaduh2 tak kemana.. nanti kerajaan myanmar tak bagi Petronas JV. Bagi la budak2 main bola, bagi la menang. New Gold rush tu …

  3. Org klantan mmg lucu mmg jenis yg kuar dari hutan, dh xde bukti tu jgn memaksa la bengong..Suka sht dgr khabar angin muehehehe, korg musuh sgt dgn FAM tu nape? Dendam pasal tsam ke bangsat? Walalala….contohilah Selangor, xmusuh pn ngan FAM..

    • Dangkalnya ko…… Memalukan selangor jer……

    • jgn layan sgt mamat ni. mam laksa fake. sj nk wat provakasi.

    • Ada kemungkinan tak man laksa jenis terencat akal? Sebab yg keluar dari dia semua jenis low IQ dan sial-sialan.

    • aku benci org hina negeri aku

      @man laksa- at least org klntn yg ‘bru kuar dari hutan’ yg ko ckp tu lh yg ad smgt nk tgk bola malaysia maju ..atau penyokong lalang spt kau malaysia mng bru mengaku skong malaysia heh..hdup tau nk bt provokasi je..insaf2 la.

  4. man laksa pencacai fam

    Woi man laksa..ko tukang jilat telor fam ke..
    Suka2 je ckp kuar hutan..negeri ko tu harapkan indon jer..
    Tu la mkn la tempe byk2..skolah 2 tingkat bodoh 4 tingkat

  5. Sepatutnya tak payah berlawan dengan negara dia, kezaliman rakyat mereka membunuh manusia lain kerana dendam sangat teruk. Apa sangat lah menipu umur … Sapa bijak dia yang dapat. Apa-apa je…

  6. Nak dapat bukti camne, korang asyik makan, tido, makan, tido. Makan gaji buta je selama ni. Korang semua x mampu menaikkan martabat bolasepak negara. Yang korang tahu tiap2 bulan masyuukkkk… Ranking jatuh pun bukan korang heran atau gelabah pun. X pe, teruskan duduk kat sana. Sesungguhnya korang terlalu banyak jasa dengan pembangunan bolasepak negara. Teruskan ye….

  7. FAM tu apa. apam ke. sedap sedap

  8. FAM berani dengan liga dlm Malaysia je, bersuara sikit GANTUNG atau DENDA… bila nak maju bolasepak MALAYSIA ?

  9. FAM manalah ada masa nak cari bukti.. semua pegawai2 FAM tengah sibuk cari bukti nak jatuhkan Anuar Musa. khabar angin nya Anuar Musa nak bertanding jawatan presiden next term. so, pepaham je lahhh…

  10. tak sangka ada peminat bola kat malaysia ni sebangang Man Laksa kat atas.. aku kesian kat mak & bapak dia.. mana tak kesian, dapat anak bodoh & bangang macam tu..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>