Harimau Muda belum capai tahap Olimpik
SKUAD Olimpik negara perlu melakukan penambahbaikan dari segi permainan sekiranya berhasrat untuk beraksi di peringkat yang lebih tinggi seperti Sukan Olimpik.
Ketua jurulatih Olimpik negara, Ong Kim Swee berkata, mutu permainan yang dipamerkan oleh anak didiknya hari ini terbukti belum mencapai tahap yang boleh dibanggakan.
“Kita perlu lebih banyak melakukan pembaharuan dari segi permainan sekiranya ingin bersaing dengan negara-negara hebat dalam bola sepak seperti Jepun,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan kelayakan Olimpik 2012 Zon Asia menentang Jepun, malam tadi.
Pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu, skuad negara gagal beraksi cemerlang di laman sendiri setelah dibelasah 0-4 oleh pasukan Samurai Biru.
Kim Swee turut mengakui kekalahan berkenaan turut berpunca daripada kesilapannya yang gagal mengatur strategi permainan yang berkesan.
“Saya menjangkakan corak serangan yang diamalkan seperti perlawanan terdahulu (di Fukuoka) Jepun, mampu memberikan kejutan kepada mereka, namun saya tersilap membuat ramalan,” katanya.
Sementara itu, jurulatih Jepun, Sekizuka Takashi memuji anak buahnya kerana memberi persembahan yang hebat mengalahkan pasukan negara dengan jaringan yang besar.
“Saya sangat berpuas hati dengan persembahan pemain saya hari ini kerana mereka bermain dengan baik dan telah menjaringkan empat gol,” katanya.
Beliau gembira jika pemain dapat menambahkan jaringan gol untuk meningkatkan peluang mereka menjadi pasukan pertama menempah tiket ke pusingan kelayakan.
Jepun akan bertemu Bahrain di laman lawan pada 14 Mac ini manakala Malaysia akan bertemu dengan Syria di gelanggang berkecuali iaitu di Jordan pada tarikh yang sama. — BERNAMA
February 23, 2012 - 8:21 am
Olimpik? tak yah cakap la…level asia pun tak layak. Asia Tenggara pun tercungap2. Players Malaysia terlalu mewah….banyak skandal….kaki disko….kaki betina….bertaubat la. Ikut contoh players eropah dan latin….anggap bolasepak sebagai profesional sepenuhnya. Bolasepak Malaysia sudah ada gejala rasuah…
February 23, 2012 - 9:36 am
ta de apa yg na di malukan..HM baru 3thn bangun dr tido yg lena..bersabarlah..jgn rosakkan moral pasukan negara sendiri..jgn hidup mendongak langit!!
February 23, 2012 - 1:20 pm
Kita sebenarnya pasukan kuat, kalu tidak masakan boleh jadi juara Asean. Cuma, nampak masih ada perasaan “gerun” apabila berhadapan dgn pasukan gergasi Asia sbb itu pemain serba xmenjadi. Anyway, tidak mustahil kita boleh jd gergasi Asia pula sekiranya kena dgn cara latihan yg tepat.
February 26, 2012 - 1:56 am
pe la…pemain x da kualiti lnsung…mcm x de pmain len ke pkai gnti durang tu..coach pun sma..dh tw x leh men long pass msih gak nk men long pass…pe mcm…kat malysia byk lg yg brbkt men bola..nk hrp mereka yg brpa bwat pe….cri la pemain yg bjiwa bola bkn pemain yg bjiwa hrta oiii…brubah laa..bla lgi nk mju mlysia oooiii…