Harimau Malaya: Rajagobal nafi pilih bulu

k Rajagobal

KETUA jurulatih bola sepak kebangsaan, Datuk K Rajagobal memberitahu peluang pemain lain untuk menyarung jersi pasukan Harimau Malaya masih terbuka luas.

Menurutnya, dia tidak mengamalkan dasar tutup pintu dan mengutamakan pemain yang berjaya menampilkan persembahan mantap dalam saingan liga.

“Setiap pemain ada peluang wakili skuad kebangsaan. Saya akan pantau pemain yang bermain cemerlang pada saingan Liga Malaysia tahun ini.

“Ramai orang cakap kenapa tidak ambil pemain itu dan pemain ini. Kita harus faham, level permainan peringkat domestik dan antarabangsa jauh berbeza.

“Mereka tidak terpilih bukan bermaksud tidak bagus. Tapi, perbezaan pengalaman yang memisahkan jurang antara pemain lain.

“Ada pemain ini sendiri akui dia tidak boleh sesuaikan diri dengan tahap perlawanan antarabangsa dan akur apa kehendak jurulatih,” katanya di Wisma FAM, Kelana Jaya, semalam.

Rajagobal berkata, pemain disisih sebelum ini iaitu, K Gurusamy, S Subramaniam dan Muslim Ahmad boleh dipanggil pada bila-bila masa andai cergas dan mampu kekalkan momentum permainan.

Pengurus pasukan, Datuk Subahan Kamal berkata, FAM tetap menerima pemain negara yang bermain di liga luar seperti Nazmi Faiz Mansor (SC Beira-Mar)dan Ahmad Fakri Saarani (SC Atletico).

Sementara itu, dalam mengukuhkan prestasi pasukan, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) merancang mengadakan pertemuan persahabatan berdepan Iraq di Emiriah Arab Bersatu, 1 Februari depan.

Menurut Raja, ini satu cabaran terbaik buat pemainnya menjelang pusingan kelayakan Piala Asia 2015 kerana Iraq antara pasukan terbaik di Asia. — Sinar Harian

Related Posts

13 Responses to Harimau Malaya: Rajagobal nafi pilih bulu

  1. Aku sambut Harimau Malaya dkt Dubai…
    Kalau Coach bawa pemain mengarut, sedaya upaya aku suarakan…
    Jangan musnahkan maruah NEGARA dengan keegoaanmu Coach!

  2. hmmm…yela 2..nk tgk jgk cmne perubahan yg slalu ko canangkan rajugumbal…

  3. baca molek2..yang si raja ni mengarut kat atas bkn nk ambk pemain betol2 bagus,tapi bekas pemain kebangsaan mcm si muslim..kalau baca kt utusan malaysia,dia tak bercadang nk ambik pemain lebih senior spt indra,hai o,amri dll..dia cakap pemain2 ni bagus cuma kat liga bkn level kat antabangsa..aku berani jamin,last2 starting line up nanti adalah pemain kesayangan dia jugak mcm amar rohidan dan kunanlann yang tak perform dlm liga dan peringkat antarabangsa

  4. Suka Hati Aku La Nak Ambik Sapa

    Statement yang langsung tak konsisten dengan tindakan..Pernah ke bagi peluang pada Piya, Sharul Nizam Mustapha, Rezal Zambry, Norfarhan,Zairo untuk test masa eksperimen dulu..mereka tu cemerlang dan konsisten dalam liga..tiba2 je keluar statement kata mereka tak kompetetif main utk negara? tak cuba dah buat kesimpulan bangang..sekarang pun asyik dok fikir player yang sama jugak..maknanya tak akan ke mana la jugak qualifiying nanti..

  5. Lu Sapa Gua Sapa

    Piya, Indra, Farhan cemerlang apa dalam AFC Cup yang juga GAME ANTARABANGSA..so apsal tak pilih kalau bukan kerana pilih bulu..Shukor Adan, Shahrul Nizam Mustapha pun pernah dipanggil OKS utk bantu team HM A utk piala jemputan di Indon yang kensel dulu..dan mereka menang 6-0 ke atas team pilihan Indonesia..Yang tu pung tak pernah dipanggil utk eksperimen Gopal yang bongkak tu…

  6. habis tu piala AFC tu bukan antarabangsa punye level ke..?? xbagi peluang cmne nk ade experience.. klw xpernah wakili negara cmne nk ade cap antarabangsa.. klw pemain yg wakil negara sume dtg dr pemain dr pasukan yg corot tu ape maknanya.. confirm la mereka tu xbagus.. klw dah kt liga pun main mcm budak sekolah.. xkn tetibe main kt antarabangsa jadi bagus pulak.. tgk la vicente del bosque pun klw pemain xperform.. David Villa pun die xpanggil.. ni pemain dlm liga bawahan pun ambil sbb alasan Cap international die byk..

  7. tok raja, sy harap datuk turun tgk game2 liga malaysia ni dan buat penilaian sewajarnya. buat pd setiap hr yg ada game. kalau x mampu boleh delegate pd pembantu utk assess mana game yg x dpt tgk. x malu ke coach v sundramoorthy (lions 12) pun rajin pegi tgk game kelantan vs atm masa sumbangsih tempoh hari dan hasilnya diorg menang game lwn atm lps tu.

  8. Tak tau nk gelak ke nak muntah dengar alasan level permainan liga domestik & antarabangsa jauh berbeza.. Apa yg beza nye gopal weh?? bola sama, ukuran padang sama, yg beza lawan kita atas padang. kalau ko dok pakai pemain yg takde mutu yg kt liga domestik pun tah apa2, so boleh compete ke kt level antarabangsa? alasan coach kebangsaan paling bodoh pernah aku dengar. maknanya main liga domestik macam taik tapi main antarabangsa perform gila babeng. sbb tu kot dgn player2 feveret gopal ni malaysia berjaya defend workd cup tiga tahun berturut2..

  9. Rajagopal yg bodoh

    **dalam hati rajagopal = ahahah…peduli apa aku dgn ranking malaysia nih… peduli ape aku dengan pasukan bola sepak.. FAM sayang aku…kontrak aku sampai hujung tahun… dapat la aku kumpul duit… sebulan 80000…setahun nih dh brapa…korang nak memekak…lantak korang la…yg peting aku kaya…hahaha

    • 80000 basic je kan..elaun,claim lg..sabar jela rakyat malaysia..bkn taun 2013 jer…slagi kepimpinan fam xberubah,slagi 2 la malaysia kecundang..

  10. rajagopal = BONGKAK + SOMBONG + BODOH

  11. dlm ati rajagobal = aku tak kesah korang nak kata apa pun, aku kenal pemain aku..

  12. trulyyy..aku xnampak apa2 pembaharuan taktikal yang RG terapkan skuad..main stail lama gak..possession, ball control, passing, dan byk lagi..outt..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>