Fakri Saarani sertai kelab Portugal
Fakri Saarani sertai Kelab Portugal, Atletico SC musim depan
PENYERANG pasukan Felda United, Ahmad Fakri Saarani mengesahkan bahawa beliau bakal menandatangani kontrak selama setahun untuk beraksi bersama kelab divisyen tiga Portugal, Atletico Sport Clube Reguengos (Atletico S.C) bermula awal musim depan.
Bekas pemain Harimau Muda A itu berkata beliau telah mendapat tawaran untuk bermain untuk kelab yang berpangkalan di bandar Evora, Portugal itu pada Ogos lepas namun terpaksa menangguhkan hasratnya kerana terikat dengan kempen Piala Malaysia ketika itu.
“Saya turut dipanggil oleh (ketua jurulatih bola sepak kebangsaan) Datuk K. Rajagobal untuk membarisi skuad negara pada Piala AFF Suzuki penghujung bulan ini, jadi saya terpaksa melupakan seketika hasrat untuk pergi lebih awal ke Portugal,” katanya pada satu sidang media khas bagi mengumumkan perkara itu, di sini, hari ini.
Media sebelum ini melaporkan bahawa pemain kelahiran Kelantan yang berusia 23 tahun ini telah mendapat tawaran untuk bermain bersama salah sebuah kelab divisyen tiga di Portugal.
Sebagai rekod, Ahmad Fakri merupakan pemain kedua negara yang beraksi di Portugal selepas bekas pemain Harimau Muda A iaitu Muhamad Nazmi Faiz Mansor yang kini bermain bersama kelab remaja Beira Mar di negara yang sama.
Ditanya mengenai peluang mengisi kesebelasan utama pasukan Atletico S.C., Ahmad Fakri, yang boleh mampu bermain di posisi serangan dan sayap kanan, berharap beliau mampu mempamerkan persembahan terbaik bagi memikat jurulatih kelab Portugal itu, Paulo Simao.
“Saya juga berharap mampu mempromosikan nama Malaysia di pentas bola sepak antarabangsa,” katanya yang baru tiba di tanahair selepas membantu skuad kebangsaan mengharungi dua aksi persahabatan di Vietnam dan Thailand.
Pada kedua-dua perlawanan yang masing-masing berlangsung pada 3 dan 7 Nov itu, skuad Harimau Malaya tumpas dengan keputusan 0-1 kepada Vietnam dan 0-2 kepada Thailand.
Sementara itu, pengurus peribadi Ahmad Fakri, Faisal Zakariah berkata Ahmad Fakri akan bertolak ke Portugal selepas berakhirnya kempen Piala AFF Suzuki, Disember ini.
Naib Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin yang turut hadir berkata badan induk bola sepak kebangsaan itu bangga dengan pengiktirafan yang diberikan oleh pasukan luar negara yang berminat mendapatkan pemain tempatan.
Beliau juga turut tidak menolak kemungkinan bahawa lebih banyak pemain muda berpotensi terutamanya pemain Harimau Muda A bakal mengikuti jejak langkah Muhammad Nazmi dan Ahmad Fakri.
Sementara itu, ejen bola sepak Portugal, Marco Guimares, yang terpikat dengan bakat pemain itu semasa kempen Piala Malaysia musim ini, berkata Ahmad Fakri dijangka mengisi slot penyerang dalam kesebelasan utama skuad itu.
- Bernama
November 9, 2012 - 1:23 am
Against all odds…fakri silence the critics. Tahniah lah fakri. Apa yg matsalleh nampak yg locals tak nampak? Rasa2 mungkin sebab kerajinan beliau…bab tumpul depan goal depa rasa buleh dipolish. 1 contoh si Afiq yg selangor ambik….dia punya potential besar kalau di polish walaupun kekadang tumpul dan tak reti mengelecek. Kelantan mungkin tersilap kerana tak offer kat dia. Untung selangor.
November 9, 2012 - 6:04 pm
Silap kepalo bapok mu… Mapuh g nok offer ke dop.. cakap je pandai.. hampessss
November 9, 2012 - 6:19 pm
Kesian tengok species mcm lolo….tahu nak maki hamun aje. MAKBAPAK hang ajar lagu tu ke? Hujjah takde. Kalau anda sakit…makan ubat. Kalau terencat akal suruh MAKBAPAK hang pi daftar di hospital bahgia. Jangan kacau sokernet.
November 9, 2012 - 9:24 am
menjadi pemain simpanan sejak dr awal karier bersama perak.. kemudian diserap sbg pemain simpanan bersama Harimau Muda, menjadi pemain simpanan bersama negeri sembilan dan sekarang masih lg pemain simpanan bersama felda united… dan prestasi semakin teruk akhir2 ini dengan hanya mampu menjaring 2 gol sepanjang musim bersama negeri sembilan.. dan langsung tiada gol sepanjang musim bersama felda united. bersama skuad kebangsaan pula hanya mampu menjaringkan 2 goal sepanjang tahun. dan masih dipanggil sebagai pemain simpanan untuk kedua2 squad kebangsaan samada Harimau Muda dan Juga Harimau Malaya. Secara kesimpulan sepanjang karier Fakri Saarani beliau bermain sebagai pemain simpanan untuk semua kelab dan pasukan yg dia wakili. Mungkin lepas nie akan jd pemain simpanan utk kelab portugal pulak. pelik2..
November 9, 2012 - 11:21 am
bukan nk memperkecilkan bakat beliau.. tapi aku harap kite yg silap menilai..kerana seriously aku xnmpak bila mase perforamance dia mantap.. nazmi faiz memng xleh deny memng mase wakil malaysia dia memng mantap..klu baca paper ari tu katenye kelab tu tk video footage fakri…video perlawanan yg mane pon aku xtaw sbb most of the time die jadi simpanan…arap2 die buktikan yg kite silap dan dia mampu menyinar di portugal..ha3..peace..
November 9, 2012 - 11:55 am
Mungkin masa lawan kelantan aritu dia main macam speedy gonzalez. Dia cover seluruh padang. Memang aku pun terkejut. Frankly speaking aku rasa dia main OK cuma finishing KO. Aku harap coach2 malaysia ni buleh buka mata buka minda macam orang2 luar tu tanpa prejudis dan dapat mencungkil bakat2 terpendam sebelum tenggelam. Tengok beyond apa yg depan mata….manatau ada neymar yg masih duduk di bangku simpanan tuh. Sekarang ni yg depan mata pun tak nampak, apalagi yg tersembunyi.
November 9, 2012 - 10:22 am
good luck
November 9, 2012 - 12:09 pm
kata le apa pun…..bagi teman…. Fakhri saarani
bukan pemain bolasepak sejati
November 9, 2012 - 12:19 pm
Eh jangan lagu tu mek esah wei. Kome tengok betul2 dia tu….hensem apa, badan berketul2 sejati tuh. Tak nak ambik wat menantu ke.
November 9, 2012 - 5:38 pm
Pasal improvement.. yes kita boleh terima.. pasal ada potensi.. yes kita boleh terima.. tp yg ramai peminat bolasepak Malaysia xboleh terima.. “KENAPA FAKRI” yg mendapat kerusi emas dlm skuad HM.. hingga mampu membelakangkan ramai pemain lain yg saaaaangaat jauh prestasinya berbanding fakri.. di posisi fakri juga terdapat ramai pemain muda yg jaauh lebih hebat.. afiq,rozaimi,Izzaq,wan zack.. kenapa mesti fakri yg dipilih..?? hinggakan ashaari samsudin dgn reputasi selaku penjaring terbanyak liga M 2010.. hanya dpt menyarung jersi kebangsaan bila fakri injured.. dan sekarang untuk AFF 2012 Coach Rajagopal… tutup segala ruang kpd pemain2 lain semata2 nk meletakkan Fakri dlm squad akhir ke AFF. nk kata sebab persefahaman mmg 100% la tidak.. sbb dah byk kali kita tgk Fakri tackle, berlanggar dgn team sendiri.. termasuk lah dgn selalu hantar bola xsampai.. Jauh beribu batu jika nk bandingkan fakri dgn Nazmi..
January 3, 2013 - 11:31 am
Fakri seharusnya dpt peluang sebegitu kerana dia pemain muda yg layak diberi peluang.Pencarian menerusi agen bukan disebabkan FAM atau reputasi ‘pemberian markah’ penyokong Malaysia.Fakri sesungguhnya telah berjaya memikat agen pencari bakat Atletico SC kerna keupayaannya (minat,rajin,segi permainannya).TAHNIAH FAKRI
January 3, 2013 - 11:42 am
Perbandingan dengan pemain lain yg lebih menyinar di Malaysia berbanding Fakri langsung tidak menjadi masalah kerana bakat tersebut telah disunting dan perkara perbandingan ini bukan menjadi soalnya kerana masih byk kelab di Eropah. Minat boleh ditunjuk melalui perkara di mana permainan sgt bermutu atau punyai skill dari applikasi yg kurang menjadi berbanding minat dan skill yg telah outstanding (w/pun tinggi ttpi mempunyai ratings yg rendah berbanding kualiti permainan luar negara khususnya eropah)