“JANGAN bazirkan peluang menjaringkan gol jika perkara seumpama itu berada di depan mata. Saya berazam menggegar jaring lawan andai diberi peluang jurulatih diturunkan pada pertembungan itu”
Begitulah kata-kata yang terpancar penyerang negara, Baddrol Bakhtiar menjelang aksi Kelayakan Piala Dunia 2014 menentang Taiwan di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.
Menurutnya, perlawanan berdepan pasukan Asia Timur itu amat penting kerana pasukan negara memerlukan bekalan selesa sebelum bertandang ke tempat lawan pada 3 Julai ini.
“Kami perlu memanfaatkan kesempatan beraksi di laman sendiri kerana menyedari Chinese Taipei juga satu lawan yang hebat.
“Sudah tentu sokongan daripada peminat diperlukan dan berharap mereka membanjiri stadium bagi menaikkan semangat kami beraksi,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.
Baddrol juga tidak menjadikan alasan bermain di hadapan puluhan ribu penyokong Malaysia sebagai tekanan, malah beranggapan mampu membakar semangat pemain negara di atas padang nanti.
Nama peledak berbisa Kedah itu menjadi buah mulut peminat tempatan apabila memperagakan permainan bertenaga sewaktu mengalahkan Myanmar 2-0 dalam aksi persahabatan di Kota Bharu.
Related posts
- Farizal cemerlang selamatkan gawang Malaysia
- Young Lions: Tutup mulut kalau tak tahu
- Rajagobal gusar prestasi penyerang
- Sukan Asia 2010: Keputusan Hoki Malaysia vs China
- Malaysia akhiri badi 8 tahun ke atas Singapura
- Malaysia vs Bangladesh 20 November 2012 [Friendly]
- Kelantan tawar tuan rumah Malaysia vs Lubnan
- Oman 3-0 Malaysia
- Video Gol Azmi Muslim [Malaysia vs Arsenal] Asia Tour 2012
- Piya tiada tempat di hati Rajagobal
Main topics: Bola Sepak Malaysia
Sub topics: Baddrol Bakhtiar, Kelayakan Piala Dunia 2014, Malaysia, Malaysia lwn Taiwan, Malaysia vs Taiwan