Farizal cemerlang selamatkan gawang Malaysia

Malaysia 1-2 vs Arsenal Asia Tour 2012

KEMENANGAN yang cukup memeritkan! Itulah yang dapat digambarkan kemenangan Arsenal ke atas Harimau Malaya dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi.

Sebaik wisel ditiupkan, kedua-dua pasukan saling mengatur gerakan dengan jentera serangan Arsenal terlebih dulu menguji benteng pertahanan negara menerusi penyerangnya, Marouane Chamakh, namun rembatan derasnya pada minit ke-8 berjaya dibaca dengan baik oleh penjaga gol, Mohd Farizal Marlias.

Rentetan daripada serangan berbahaya itu, corak permainan semakin panas dan pakar sepakan percuma kebangsaan, Safiq Rahim hampir meletakkan pasukan kebangsaan di depan tetapi sepakan lencongnya dari sebelah kanan pintu gol lawan bijak ditepis penjaga gol, Vito Mannone.

Lebih 50,000 penonton yang hadir terus dihiburkan dengan banyak percubaan bahaya ke pintu gol dan sebaik memasuki masa tambahan separuh masa pertama, seluruh stadium bergegar selepas rembatan tonggak pertahanan, Mohamad Azmi Muslim dari luar kotak penalti terus menerjah gawang Arsenal untuk menjadikan kedudukan 1-0.

Arsene Wenger yang seperti terdesak bagi mengelak daripada diaibkan Harimau Malaya membuat beberapa pertukaran termasuk memasukkan Theo Walcott dan Alex Oxlade Chamberlain.

Bagaimanapun, ia masih gagal menambah sengat jentera serangan The Gunners apabila menemui jalan buntu malah kecekapan Farizal turut menjadi pembantu kepada kekebalan benteng negara.

Pada minit ke-59, harapan peminat tempatan untuk menyaksikan penyerang prolifik negara, Safee Sali meledak gol kedua juga tidak berhasil, sebaliknya keghairahan Harimau Malaya itu hampir memakan diri sendiri namun situasi satu lawan satu antara Benik Afobe dengan Farizal, gagal disudahi penyerang itu untuk mendapatkan gol penyamaan.

Bagaimanapun, lima minit terakhir menjadi mimpi ngeri buat anak buah Datuk K Rajagobal sehingga menyaksikan kekebalan Farizal mengawal gawang skuad kebangsaan akhirnya lebur pada minit ke-87 apabila Thomas Eisfeld menjaringkan gol penyamaan sebelum Chuks Aneke menjadi wira Arsenal pada minit ke-90, menjadikan keputusan akhir, 2-1.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

8 Responses to Farizal cemerlang selamatkan gawang Malaysia

  1. takpela.. harga tiket mahal.. FAM abiskan duit byk…Harimau Malaya kalah.. tapi dpt pengalaman berharga.. aku sedih stadium penuh dgn jersey ARSENAL.. sanggup bayar mahal pakai jersey ARSENAL.. gile la penyokong fanatik kt malaysia nie.. best sangat ke EPL tu? kalo man city vs arsenal kowang pegi tengok aku tak kisah lagi.. ni lawan negara kite bro… sokong la negara kite 100%.. baru la pure rakyat malaysia.. ingat mentaliti fanatik EPL ni da jauh tersasar. tengokla lawan man city 30/july nanti. konfem jersey man city je belambak kt stadium… bangga sangat ngan team luar dari team sendiri.. tiket mahal pun sanggup bayar.. gile gile! camne bola malaysia nk maju kalo penyokong pun tak sokong 100%..

  2. best game smlm!!farizal kper yg bgos..2nd gol arsenal tu mcm tak leh nak terima jek..hukhuk..cdeyyy..tp bagus Harimau Malaya

  3. adoii..muslim ahmad..mark la betol2 player…ko pengalaman dah byk..jgn glabah..

  4. Wenger: on the players that caught his eye…
    There were many. The No 7(Rita Rudaini) I liked, especially defensively, and the No 8 (sapik Rahim) as well. No 15 ( ni sapo ekkk?) did well when he came on - they have many good players. The No 16 (Abe kunalan) and the goalkeeper - he was absolutely fantastic and read the game well. Overall I saw many good players.

  5. lps muslim ahmad masuk defence malaysia terus jd kacau, mudah sgt team lwn msk ayaa

  6. kebangkitan harimau malaya bermula disini

  7. stadium pnuh dgn jersi arsenal … spatutnya sokonglah pasukan ngara…. btw,,,, hero kite mlm tuu Farizal Marlias n Amri Muslim …. muslim masuk punoh terus ….jeng !

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>