JURULATIH Angkatan Tentera Malaysia (ATM), B Sathianathan tidak bimbang dengan ‘kehilangan’ tiga pemain tonggaknya yang akan meninggalkan pasukan ATM untuk bersama pasukan lain pada saingan Liga Malaysia (Liga M) musim depan.
Tiga pemain tersebut, Mohd. Aidil Zafuan dan Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak serta Azmi Muslim hampir pasti akan menyarung jersi pasukan Johor pada saingan Liga Super 2013.
“Perpindahan pemain dalam era profesional merupakan sesuatu yang sihat dan saya menganggap perkara itu akan merancakkan lagi saingan liga kita serta sangat baik untuk semua pihak,” katanya.
Menurut Sathianathan, beliau yakin dengan semua pemain yang masih kekal serta ditambah dengan kehadiran bekas pemain pertahanan kental Negeri Sembilan, Mohd. Shukor Adan bakal menjadikan pasukan ATM antara pasukan yang mampu memberi saingan sengit kepada pasukan utama dalam Liga Super.
“Saya paling beruntung kerana mendapat Shukor Adan kerana dia bukan sahaja seorang pemain yang berpengalaman luas, malah seorang yang sangat komited kepada pasukan dan saya sudah mengenalinya sejak dia berusia 17 tahun lagi.
“Setakat ini, saya masih tidak ada senarai pemain lain untuk ‘dipancing’ kerana saya sedar bukan mudah untuk mendapat pemain-pemain bintang kerana kebanyakan mereka sudah memiliki pasukan sendiri,” kata Sathianathan lagi.
Tambahnya lagi, sebagai pengganti kekosongan yang ditinggalkan oleh tiga pemain tersebut, beliau mengambil langkah positif dengan menyenaraikan tiga pemain bawah 18 tahun yang dilihat berpotensi diserapkan dalam pasukan utama ATM musim depan.
“Tiga pemain tersebut, seorang penyerang, seorang pemain sayap dan seorang lagi pertahanan kanan, yang sudah beberapa kali dipanggil menyertai kem latihan skuad Harimau Muda kendalian Ong Kim Swee,” jelasnya.
Sathia takde Hal punya
Ada banyak lagi yang nak main dgn ATM
Nanti Johan boe bagi kebun nangka…
Kalau dia kena pecat pun dia bole jadi Juri maharaja lawak
Nangka Busuk bro