Tok Gajah tumbang di Shah Alam

Selangor 3-2 Pahang - Liga Super 2013
Selangor vs Pahang [3-2] Liga Super 19.1.2013

REKOD kemenangan tiga kali berturut-turut Pahang akhirnya lebur di tangan Selangor apabila Red Giants menewaskan Tok Gajah 3-2 dalam perlawanan yang cukup sengit di hadapan 20,000 penonton di Stadium Shah Alam, semalam.

Muhammad Ramzul Zahini Adenan yang masuk selaku pemain gantian muncul watak penting buat Selangor apabila tandukannya pada minit ke-80 memadam kebangkitan Pahang yang sebelum itu berjaya menyamakan kedudukan selepas ketinggalan 2-0.

Selangor terlebih dahulu mendahului melalui dua jaringan Mohd. Amri Yahyah, tetapi Mohd. Fauzi Roslan serta Mohd. Razman Roslan mengikat kedudukan 2-2 sebelum berakhir babak pertama.

Kekalahan pertama musim ini bagaimanapun tidak merubah kedudukan Pahang di puncak liga, sementara Selangor naik ke tangga kedua berkongsi sembilan mata dengan Tok Gajah tetapi dibezakan dengan kelebihan jaringan.

Corak permainan pantas kedua-dua pasukan cukup menghiburkan, tetapi dibayangi beberapa keputusan kontroversi pengadil yang memanaskan keadaan di stadium.

Sebaik perlawanan memasuki minit ke-3, Red Giants berada di hadapan menerusi Amri yang menyambut hantaran silang Solihin Kanasian, sebelum merembat bola melepasi celah kaki penjaga gol Pahang, Nasril Nourdin.

Gol awal itu memberi lonjakan semangat kepada Selangor yang bertali arus melancarkan serangan dan Amri, 32, sekali lagi meledak gol kedua pada minit ke-20 selepas mudah melakukan tampanan di hadapan pintu gol Pahang hasil umpanan S. Veenod di sebelah kiri.

Bagaimanapun, semangat pemain Tok Gajah tidak cepat padam biarpun ketinggalan dua gol apabila menjelmakan kebangkitan dalam tempoh dua puluh minit.

Penjaring utama mereka, Fauzi merapatkan jurang melalui tandukan pada minit ke-24.

Jaringan itu memberi tekanan kepada tuan rumah dan kesilapan Mohd. Fairuz Abdul Aziz yang menjatuhkan Fauzi pada minit ke-42 menghadiahkan penalti kepada Pahang yang menyempurnakan sepakan menerusi Mohd. Razman Roslan.

Selangor sepatutnya mendapat penalti pada permulaan separuh masa kedua apabila Francis Forkey Doe dijatuhkan pertahanan Pahang tetapi pengadil enggan melayani permintaan pemain import itu.

Akhirnya, jaringan yang dicari Selangor menjelma hasil gerakan Abdul Shukor Jusoh yang dapat dihidu oleh Ramzul sebelum melepaskan tandukan menarik menewaskan Nasril.

Keputusan perlawanan Liga Super 2013 matchday #4:

Related Posts

6 Responses to Tok Gajah tumbang di Shah Alam

  1. serba salah aku nak sokong sape malam tadi. dua-dua aku sokong. hoho..

  2. Aku sokong Selangor sbb “simpati” pd Selangor yg sepatutnya dpt 2 sepakan penalti smlm. Pengadil nmpk mcm bias je

  3. Aku sokong dua2….tapi pengadil mcm taikk

  4. …yg penting game menarik..
    ..ade serang menyerang…
    ..baru lah org minat g tengok…
    ..ini main defensive..sape nak tengok..

  5. Tahniah Selangor, syabas Pahang!! Dua - dua pn sya sokong, game yg menarik & x boring. Btul pula prdction saya 3-2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>