Presiden PAFA kecewa, Norizan mohon cuti
PERSATUAN Bola Sepak Perak (PAFA) meminta pengurusan skuad Seladang melakukan tindakan drastik bagi memperbaiki kelemahannya setelah dimalukan 0-6 oleh Kelantan dalam saingan Liga Super di Kota Bharu, kelmarin.
Presiden PAFA, Datuk Zainol Fadzi Paharudin sedih dengan kekalahan besar itu dan tidak menyangka sehingga enam gol dijaringkan pasukan lawan.
“Saya tidak menonton perlawanan tersebut kerana berada pada perasmian Sukan Malaysia (Sukma) XV di Kuantan malam kelmarin.
“Saya tidak tahu sebab Perak mudah dibelasah oleh Kelantan sedangkan pernah mencatat empat kemenangan berturut-turut bulan lalu,” katanya.
Kegagalan benteng pertahanan Perak yang diketuai oleh K. Nanthakumar mengekang kepantasan Indra Putra Mahayuddin, membuatkan pintu gol Perak dibolosi.
Ketangkasan penjaga gol, Nasril Nourdin semakin dipertikaikan apabila gagal mengawal gawang Perak dengan berkesan.
Para penyokong Kejor Yeop Kejor terkejut apabila pasukan kesayangan mereka dibelasah oleh Kelantan.
Ia kekalahan terburuk yang pernah dialami oleh Perak sejak Liga Malaysia diperkenalkan pada 1989.
Akibat kekalahan tersebut hasrat Perak meraih kedudukan ketiga semakin samar apabila Selangor berjaya memintas Perak setelah mengalahkan Kuala Lumpur 4-0.
Kini Perak berada di tangga keempat dengan 39 mata manakala Selangor di tangga ketiga dengan 40 mata.
Perak dan Selangor masing-masing masih mempunyai baki dua perlawanan dalam penentuan kedudukan ketiga liga.
Skuad Seladang perlu bekerja keras bagi memenangi perlawanan dengan Kedah (10 Julai di Ipoh) dan Kuala Lumpur (14 Julai di Kuala Lumpur) jika berhasrat untuk menduduki tangga ketiga.
Selain itu, Perak mengharapkan Selangor mencatat keputusan seri atau kalah dalam dua perlawanan terakhir liga.
Sementara itu Penolong Jurulatih Perak, Chong Yee Fat akan menerajui skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir Liga Super musim 2012.
Pengurus Pasukan, Khairul Azwan Harun memaklumkan Norizan telah memohon cuti daripada pihak pengurusan selepas pulang dari Kota Bharu kelmarin.
“Pihak pengurusan meluluskan permohonan cuti Norizan dan Yee Fatt akan mengendalikan skuad Seladang dalam dua perlawanan terakhir,” jelas Azwan dalam satu sidang media di Ipoh hari ini.
Azwan menegaskan bahawa Norizan bercuti atas kehendak sendiri dan bukan atas desakan pihak pengurusan Seladang.
Video Kelantan 6-0 Perak
July 9, 2012 - 9:23 pm
Kenapa malu kalah dgn kelantan? Hanya kelantan dapat kalahkan lionXII 2 kali. Tak ada pasukan negeri dapat berbuat demikian. Sepatutnya Perak malu kalah dgn PKNS
July 9, 2012 - 9:59 pm
era kegemilangan TRW kot kali ni…rezeki dia,apa2pn juara tak jatuh ke negara len,syabas trw..
July 10, 2012 - 7:37 am
biAsaLah boLa, adA nAik tuRun..ada mNg kAlah..
July 10, 2012 - 7:56 am
itula kalau kelantan menang,kalaulah kelantan kalah..botol minuman,mercun dan lain-lain akan masuk kedalam padang…hueeeeeeee.
July 10, 2012 - 9:27 am
Inilah cth mentaliti yg x nak berubah2!!! Org dah ke bulan ko masih di awangan. Penyokong klate sudah banyak berubah seiring dgn player dan pengurusan yg tiptop. Ko ingat penyokong team lain 2 maksum sgt ke???
July 10, 2012 - 12:56 pm
Asam jawa…. kalau TRW masih cam dulu kamu agak2 team selangor yg buat nanye kat gaddar aritu (terutama amri yahya ngan sapa lagi mangkuk tu) boleh keluar stadium dgn senang ke… lepas tuh kapten perak tu bulih keluar padang ngan selambe ke…. Kalay dulu aku rasa teruk diorang kene belasah…. tapi kini TRW punye player n supporter cukup berwibawa… Fizikal, mental, kualiti, skil terbaik…. tu sebab TRW mampu ke AFC…. perak bolehke….. jangan dengki… n emosional geng…. akui hakikat… wahai asam jawa….
July 10, 2012 - 8:47 am
Kelate main kemah keming 6-0..rasa la yop tahun lpas dah belasah kelate 4-1.. siap mercum bola berterbangan atas kepala penyokong kelate.. siap provoke lagi tu. nasib penyokong yop ipoh mali hati x brapa berani.. kalu tidak makan lauk muay thai ke penyokng kelantan..kejor TRW kejor…kelantan main talak sombong 2x…
July 10, 2012 - 11:21 am
apa nak malu kalau kena 6-0 dengan KL aku pun malu
July 10, 2012 - 1:47 pm
hai geng..aku tak dengki cuma aku teringat masa aku duduk dlm stadium dulu, aku duduk line bawah sekali ,masa tu kedah lwn kelantan,kelantan tewas dgn kedah masa tulah botol minuman singgah kat kepala aku..walau apapun kelantan tetap hebat pada tahun ni …tahniah.
July 10, 2012 - 2:32 pm
OK…. bro….. bukan ape kalau boleh nak tengok semue team pamer permainan berkualiti…. skill ada class… baru kite sbg supporter semangat tengok… Ni ketinggalan sikit dah stress… x puas hati… tibai player lawannn…. sapa yg rugi… tengok kelantan dulu… masa team yg panas baran… skill bagus… tapi x kemana dek sikap kureng profes… sekarang ALHAMDULILLAH… sejak TSAM pegang… mentaliti dia jaga… terkawal… harap2 semua team ambil iktibar… kalau nak liga kita ada kelasss…. n dapat lahirkan player yg terbaik…. kan2….
July 11, 2012 - 11:37 am
itu semua kan takdir yg menentukan…biarlah ALLAH yg menentukan semua itu…ALLAH berhak memberi kekuasaan kepada sesiapa yg dia mahu…dan ALLAH berhak mencabut kekuasaan yg telah di berinya…jdi terima shja lh keadaan…
July 11, 2012 - 11:28 am
itukan takdir yg menentukan…biarkan lah takdir yg menentukan…segala kekuasaan dan kekuatan seseorang itu semuanya dtg dari ALLAH S.W.T…ALLAH yg memberikan seseorang itu kekuatan dan ALLAH jugalah yg mencabut kekuatan seseorang itu…dan dia berhak memberi kepada sesiapa sahaja kekuasaan yg dia mahu…
July 11, 2012 - 11:40 am
itu semua ALLAH yg menentukan…