Tiket final: Penyokong JDT pulang tangan kosong
SUDAHLAH berbaris panjang, namun terpaksa pulang dengan tangan kosong.
Itulah situasi yang berlaku di Stadium Tan Sri Hassan Yunos semalam, apabila kira-kira 1,000 penyokong Johor Darul Takzim (JDT) gagal mendapatkan tiket perlawanan akhir Piala FA bagi menyaksikan pertembungan Harimau Selatan menentang Kelantan di Bukit Jalil, Sabtu ini.
Ia berpunca daripada kekeliruan maklumat mengenai penjualan tiket yang sepatutnya dijual hari ini.
Seorang penyokong, Azlan Ahmad, 35, berkata, dia kecewa makluman mengenai tarikh penjualan tiket perlawanan akhir Piala FA tidak jelas.
“Kalau esok (hari ini) tiket tak dapat, pasti saya akan kecewa kerana sudah lama kami tunggu JDT beraksi di pentas final,” katanya.
Manakala seorang lagi penyokong setia JDT, Samuri Salleh, 42, pula berkata, dia sanggup menempuh perjalanan dua jam dari Mersing ke Johor Bahru, semata-mata untuk mendapatkan tiket namun usahanya itu ternyata sia-sia.
“Dari jauh saya datang semata-mata untuk dapatkan tiket, malah saya tidak bekerja hari ini (semalam).
“Saya harap pihak yang berkenaan bertanggungjawab dalam hal ini dan turut berharap ia tidak berulang lagi pada masa hadapan,” katanya.
Biarpun rata-rata penyokong pulang dengan perasaan kecewa, namun tiada sebarang insiden tidak diingini berlaku.
Perkarangan stadium juga dilaporkan lengang kira-kira jam 10.30 pagi.
Sementara itu, usaha Sinar Harian untuk mendapatkan reaksi daripada Persatuan Bola Sepak Johor (PBNJ) gagal.
- Sinar Harian
July 1, 2013 - 10:26 pm
akuilah kita masih minda 3rd world punya class….korup dan suap menyuap ni masih begitu berleluasa…banyak pihak pengurusan masih bersandiwara !!!!!!
August 20, 2013 - 12:52 pm
Teruskan menyokong Johor DT..Peace yo!
August 20, 2013 - 5:19 pm
Apa….pulak kosong!!!!….kan ada bawa balik TELUR 2 BUTIRRRRRRRRRRRR……He3!!!!