T-Team ikat pemain Ireland

T-Team ambil Caleb Folan bagi saingan Liga M 2013

T-Team mengikat kontrak selama setahun pemain kelahiran England, Caleb Folan untuk mengisi barisan serangan mereka musim depan.

Senarai Penuh Pemain T-Team 2013 (KLIK)

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Abdul Rashid Jusoh berkata pemilihan pemain berusia 30 tahun itu adalah hasil pencarian jurulatih Peter James Butler yang juga pengurus pasukan.

Folan merupakan pemain antarabangsa Ireland dan pernah menyertai kelab Colorado Rapids, Amerika Syarikat dan kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) seperti Leeds United, Hull City, Chesterfield, Wigan Athletic, Middlesbrough dan Birmingham City, katanya kepada Bernama.

Sebelum ini T-Team telah mengikat kontrak juga selama setahun bekas pemain kebangsaan Belanda, George Boateng, 37, yang akan memperkuatkan barisan tengah.

Boateng pemain kelahiran Nkawkaw, Ghana pernah menyertai Feyenoord Rotterdam dan pasukan EPL seperti Middlesbrough, Aston Villa, Hull City dan Nottingham Forest.

Related Posts

6 Responses to T-Team ikat pemain Ireland

  1. Pingback: » Senarai pemain T-Team 2013 | Sokernet

  2. Dasat Liga M next year. Ramai mat salleh join…

  3. t team,ganu,nogori,joho,kelate,perok n pahang…set2 team lain guano cite …tk dok pkmbangan pon..guano citer ngan set2 atm,sime darby,sarawak,sabah…buat psiapann dlm senyap ko set2 ni…

  4. kalu ikutkan psiapan team2 dlm MSL ni JOHOR,TTEAM,GANU,PERAK,SGOR,N9 n KTAN, amat rancak skali,bolekah mereka memenagi piala atau skadar plengkap …tpi apa2 pun skali lgi pcaturan strategi pngurus/jurulatih akn mnentukan nasib psukan..fandi,bojan,azrai,dollah,butler,gonzales,sathia,irfan,ismail dll tk igt dah…selamt bjaya smua.

  5. kalu masuk kan piya x kan berubah sampai 30% pemainan pasukan malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>