Playoff: Kedah tertekan elak tersingkir ke Liga Perdana

Kedah FA 2012

KEDAH merasa sedikit tertekan untuk bermain dalam ‘play-off’ dalam usaha memastikan ia terus kekal dalam saingan Liga Super musim depan.

Kedah bakal bertemu Sabah Selasa ini di Stadium Hang Tuah, Melaka manakala Sarawak bertemu Pahang di Stadium Hang Jebat bagi merebut slot ke Liga Super 2013 setelah gagal berada pada kedudukan 10 terbaik musim ini.

Penolong jurulatih Kedah Radzi Md Din berkata, format play-off kalah mati dan perlawanan yang terlalu dekat menyebabkan pemainnya agak tertekan namun mereka akan berusaha sedaya mungkin untuk terus kekal di Liga Super.

“Kita akan bagi tumpuan dalam play-off dan yang paling penting matlamat untuk kekal dalam Liga Super musim depan,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan terakhir saingan Liga Super mereka di Stadium Darul Aman di Alor Setar malam tadi.

Radzi berkata, beliau amat menagih komitmen daripada pemainnya kerana mereka mempunyai pemain yang berkualiti dan mampu memberi persembahan yang terbaik serta mampu mengatasi pasukan lawan seperti Kelantan dan Lions XII.

Katanya, beliau amat lega kerana semua pemain utamanya dapat beraksi kerana bebas dari sebarang kecederaan kecuali penjaga gol utama, Mohd Helmi Eliza Elias yang terpaksa direhatkan akibat kecederaan.

Beliau berharap dengan kembalinya tonggak utama, beliau dapat merancang sesuatu bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Kedah yang pernah menjulang kejuaraan tiga piala dalam semusim selama dua tahun berturut-turut iaitu pada 2007 dan 2008.

Radzi berkata, sepanjang saingan Liga Super musim ini, pasukan bimbingannya tidak konsisten kerana gagal menurunkan kesebelasan utama yang terbaik termasuk pemain import yang sentiasa bertukar.

Beliau berkata, corak permainan yang ditunjukkan anak buahnya amat berkualiti namun mereka cepat hilang fokus sehingga menyebabkan tumpas kepada lawan.

Selain itu kehadiran semula ketua jurulatih Wan Jamak Wan Hassan yang bercuti sebelum ini, diharap dapat membantu Kedah mencipta kemenangan dan sekali gus terus kekal dalam Liga Super.

Radzi berkata, beliau akan memperbetulkan beberapa kesilapan yang sering dilakukan oleh anak-anak buahnya agar dapat terus mencipta kemenangan pada saingan Piala Malaysia yang bermula September depan.

Kedah tewas 1-2 kepada Felda United FC malam tadi.

- Bernama

Related Posts

6 Responses to Playoff: Kedah tertekan elak tersingkir ke Liga Perdana

  1. hijau kuning boleh..pasti boleh!!!

  2. boleh kot sebab ramai pemain utama harimau malaya kat situ

  3. msti bole!!!!!!! dr penyokong trw :)

  4. kedah vs pahang final play off….

  5. Ada prob pd team Hijau Kuning ni….player national ngan ex national ramai beb dlm team,mustahil bleh jd gni mlainkn ‘ada sesuatu’ yg tjdi!!!! Sayanglah klu team sbgus ni main kat liga perdana..xbest lah!!!! Nak kate coach xbgus..xjgok sal wan jamak antara coach tbaek kat mlyasia ni!!!! Management prob ni…aduhai,1 lg team yg akan melaui ‘zaman’glap diakibatkan management xbtoi… Pas perlis n penang aku ingat ramai yg dah bukak mata tp gni gok jd!! Tp TRW dlu pnah terjerumus k kancah liga FAM gok akibat management xbtoi tp mereka bangkit with style!!!! Mne2 team pun bleh wat gni asalkan management cantik… Aku juga bharap management slangor bermuhasabah diri n tengok apa yg sbenaqnyer prob team slangor!!! Adios….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>