IBARAT final tetapi berdasarkan rekod tiga perlawanan lalu, pentas separuh akhir pertama Piala FA di antara Selangor dan Kelantan di Stadium Shah Alam malam ini, seharusnya memihak barisan Pantai Timur itu.
Namun ia hanya perkiraan di atas kertas dan Gergasi Merah yang dibarisi pemain kebangsaan dan berpengalaman, pasti enggan terus dibayangi kehebatan Red Warriors terutama selepas kejayaan menjuarai Piala FA kali kelima, dua tahun lalu apabila mengecewakan lawan berkenaan menerusi penentuan penalti pada final.
Namun kebangkitan Kelantan yang bergelar juara Piala Malaysia buat kali pertama musim lalu menyaksikan Selangor bagai hilang arah termasuk apabila tewas dua kali selepas itu, baik di laman sendiri atau gelanggang lawan.
Pada aksi suku akhir Piala Malaysia tahun lalu, Selangor sekadar seri di Shah Alam dan tewas 3-0 ketika berkunjung ke kubu kuat Kelantan - Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, dan tewas lagi 2-0 pada perlawanan sumbangsih pembukaan Liga Super, Piala Sultan Ahmad Shah.
Terbaru mereka tewas 0-1 dalam perlawanan liga di Kota Bharu akhir bulan lalu, sedikit sebanyak menjejaskan kehebatan skuad K Devan walaupun kini berada di persada Liga Super dengan 42 mata, dua mata di depan Kelantan.
Tiada alasan Selangor tewas: Hamidin
MENANG atau lupakan sebarang piala musim ini! Itu amaran dilaungkan Setiausaha Agung Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), Datuk Hamidin Mohd Amin kepada skuad kendalian K Devan menjelang pertemuan separuh akhir pertama Piala FA menentang Kelantan di Stadium Shah Alam, malam ini.
“Tiada alasan untuk Selangor tewas di laman sendiri esok (malam ini),” kata Hamidin semalam.
“Devan dan pemain perlu memastikan kemenangan di Shah Alam jika mahu menjulang piala musim ini.
“Saya tidak nampak kenapa Selangor tidak boleh tewaskan Kelantan di Shah Alam. Jika terpaksa bermati-matian, lakukan. Itu saja jaminan untuk melangkah ke final, sekali gus menebus kekecewaan terlepas Piala Sumbangsih kepada pasukan sama, awal tahun ini.
“Pemain perlu membuktikan Selangor masih relevan sebagai gergasi yang sekian lama mengecap pelbagai kejayaan dalam Liga Malaysia. Sasaran tahun ini ialah menjulang tiga kejuaraan dan kemenangan di Shah Alam esok (malam ini) akan memberi petanda positif.”
Selain peluang menjulang Piala FA, Selangor juga berada di landasan selesa untuk mempertahankan kejuaraan Liga Super apabila menerajui kedudukan liga dengan kelebihan dua mata di depan Kelantan ketika berbaki tujuh perlawanan.
“Kami tidak mahu kecewa kali keempat kepada Kelantan,” kata Hamidin merujuk kepada tiga pertemuan terakhir dengan gergasi Pantai Timur itu sejak 15 Oktober tahun lalu yang menyaksikan Selangor tersingkir daripada saingan suku akhir Piala Malaysia.
Norshahrul tekad akhiri kemarau gol
TANDUKAN Norshahrul Idlan Talaha yang menyumbang gol tunggal kemenangan Kelantan ke atas Selangor 1-0 dalam perlawanan pusingan kedua Liga Super di Kota Bharu baru-baru ini, masih segar dalam ingatan penyerang lincah The Red Warriors itu.
Menjelang pertemuan dengan pasukan yang sama pada pentas separuh akhir Piala FA di Stadium Shah Alam malam ini, Norshahrul bertekad mengulangi aksi sama untuk menghampakan Red Giants pimpinan K Devan.
Dengan 11 gol dalam Liga Super setakat ini, penyerang muda itu menaruh keyakinan Kelantan mampu mengulangi rentak kemenangan ke atas Selangor, apatah lagi rekod dua perlawanan sebelum ini memihak Kelantan.
Namun Norshahrul tetap berwaspada dengan lawan yang dibarisi pemain berpengalaman dan muda, selain status sebagai pendahulu Liga Super ketika ini.
“Secara peribadi, saya rasa tiada masalah memandangkan rekod Kelantan yang menewaskan dua kali pasukan lawan tetapi saya akui, selepas kemenangan di Kota Bharu itu, saya mengalami tempoh kemarau dan berazam menamatkannya malam esok (malam ini) walaupun beraksi di gelanggang lawan,” katanya, semalam.
Katanya, kejayaan dalam saingan liga turut menyuntik motivasi semua pemain The Red Warriors dan mereka cukup bersedia untuk mencari bekalan selesa menjelang pertemuan separuh akhir kedua di tempat sendiri.
“Sudah tentu kami bertandang ke Shah Alam dengan misi mencari kemenangan atau kelebihan gol sebagai bekalan untuk saingan separuh akhir kedua di Kota Bharu, Isnin depan,” katanya yang sekali lagi mengharapkan sokongan padu peminat negeri itu dalam pertembungan dua gergasi bola sepak tempatan. -Berita Harian
Related posts
- Video Kelantan Juara Liga Super 2012
- Kafe Sukan, Kelantan vs Selangor LIVE KB
- Final Piala FA 2013 di Stadium Bukit Jalil
- Video: Kelantan 1-2 Terengganu FINAL Piala FA 2011
- Video Kelantan 2-0 SPA FC [Suku Akhir Piala FA 2012]
- Video: Terengganu 0-3 Kelantan
- Piala AFC: Kelantan dibenar beraksi di Kota Bharu
- Kelantan tersedar dari lena
- Video: Kelantan 4-0 Perlis
- Video Kelantan 1-0 Selangor [Liga Super 2012]
Main topics: Piala FA
Sub topics: Kelantan, Liga Malaysia, Piala FA 2011, Prebiu, Selangor, Separuh Akhir
Kalau malam ni kita tak dapat kalahkan kelantan, baik kita tuka je nama “gergasi merah” tu jadi “gergasi merah jambu”!!!!
x kiralah apapun gelrn selangor…kita tetap seorang pahlawan…buktikan matyo yg anda adlh penyerang terbaik malaysia…tunjukkan potensimu apex yg kamu wajar menjadi penjaga gol no 1 malaysia…dan buktikan yg kamu kapten yg sangat dihormati wahai piya…x kira dimana pun kami…kami akan tetap dibelakangmu kijang
bui sbutir duo,wak bekal maen pat kito
sapo sumak
Buke sbutir duo..LIMO BUTIR TU!!puah hati molek..
hahaha… perit boh!
maju2…gomo kelate gomo
HAHAHAHHA…. GERGASI MERAH JAMBUUUUUUU..
tahniah TRW. Kpeada Selangor kuatkan semangat dan jangan jadikan keputusan ini kehancuran RG..TRW sdh seolah2 sebelah kaki ke final mungkin derby game bkl berlaku.
fnl klate lwn mno,