DUA finalis Piala FA, Negeri Sembilan dan Kedah dipalit duka tersingkir daripada saingan kejuaraan berprestij itu apabila diaibkan di halaman sendiri selepas tunduk mengejut kepada lawan masing-masing, malam tadi.

Negeri Sembilan yang turun selaku juara bertahan ditunjuk jalan keluar apabila tewas dalam penentuan sepakan penalti 2-4 kepada Kuala Lumpur selepas kedudukan terikat 0-0 sehingga masa tambahan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Jaringan tunggal Hasmarul Fadzil pada minit ke-81 di Stadium Darulaman sudah memadai membawa Felda ke suku akhir - sekali gus mengecewakan naib juara, Kedah 1-0 yang masih tercari-cari sentuhan selepas turut beraksi hambar dalam saingan Liga Super.

Seminit sebelum jaringan kemenangan itu, gawang Kedah hampir dibocori oleh Liew Kit Kong tetapi tandukannya mengenai palang.

Di Stadium Shah Alam, strategi jurulatih Selangor, K Devan yang merehatkan beberapa tonggak hampir memakan diri apabila sekadar menang tipis 2-1 ke atas Harimau Muda B.

Walaupun mendahului selesa 2-0 pada babak pertama menerusi jaringan Razman Roslan yang menyudahkan sepakan penalti pada minit ke-34 dan Mohd Amirul Hadi Zainal (m-37), tetapi aksi kendur pada babak kedua hampir mengundang padah.

Namun, pasukan Merah Kuning itu terselamat apabila lawan yang bangkit dengan aksi lebih bertenaga berjaya merapatkan jurang menerusi rembatan kapten, D Saarvindran pada minit ke-66 dan hampir mengikat kedudukan menerusi rembatan Muhammad Farizzuan Azhar (m-72) tetapi terkena tiang gol Selangor.

Di Stadium JCORP Pasir Gudang, Mohd Badhri Mohd Radzi muncul wira Kelantan apabila jaringannya pada minit ke-10 membantu pasukannya menewaskan Johor FC 1-0 sekali gus mara ke kelompok lapan terakhir.

Di Stadium MBPJ, tindakan bijak Dollah Salleh mengubah strategi pada babak kedua selepas ketinggalan 1-0 membuahkan hasil apabila anak didiknya bangkit menumpaskan PKNS 3-1.

Ahmad Shahril Zakaria membuka tirai jaringan untuk tuan rumah pada minit ke-29 tetapi Pahang bangkit meledakkan tiga gol menerusi Fadzli Baharuddin pada minit ke-48, Famirul Ashraf Sayuti (m-54 dan 86).

Di Stadium Perak, tuan rumah terpaksa menunggu 10 minit terakhir sebelum meledak dengan tiga gol menerusi Mohd Nor Hasrul (m-81), Razali Umar Kandasamy (m-83) dan Akhmal Rizal Rakhli (m-89) untuk menyingkirkan Sime Darby 3-0.




coded by nessus

Main topics: Piala FA

Sub topics: , , ,


Readers Comments (6)

  1. abe yooo

    jang kalah lagi… ha..ha..ha.. jgn nak salahkan jurulatih, beli ayam tua mahal2 tp buruk nak buat apa?

     Reply
  2. Andy

    xde rzki nmpknye nogori thun ni..
    xpe la cuba taun dpn ye..
    klh pun penalti je..
    aym tua pun sodap..

     Reply
  3. tomoko

    gomo kelate gomo

     Reply
  4. syafiq

    kaloh totap kaloh..tak kiro la penalti ko dok penalti ko..supo jugok ngan t-team..gomo klate gomo

     Reply
  5. taiko

    lawan felda ni kito kene menang boh. lwn felda ni main mano, mungkin dua-dua game main di KB.

     Reply
  6. syafiq

    insyaallah kito mene..prlwnan 1 [15mac]di jangko main k.bharu..prlwn 2[19mac]dijangka main stadium cheras kL..gomo klate gomo

     Reply