Baddrol Bakhtiar belum putuskan kekal bersama Kedah
Baddrol akui terima banyak tawaran pasukan lain
Tonggak utama pasukan Kedah, Baddrol Bahktiar, 23, belum membuat keputusan muktamad untuk kekal bersama Kedah musim depan atau menerima tawaran daripada beberapa kelab lain termasuk kelab Liga Super Indonesia, Pelita Jaya.
Baddrol berkata tawaran seumpama itu sememangnya dinantikan kerana mahu menimba pengalaman baru dan meningkatkan mutu permainannya namun beliau masih mempunyai kontrak setahun bersama pasukan Kedah.
Katanya beliau akan berbincang dan menyerahkan perkara itu kepada Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA).
“Apa-apapun saya serahkan kepada pihak pengurusan KFA untuk mempertimbangkannya sama ada nak lepaskan saya atau tidak. Saya juga perlu berbincang dengan keluarga terlebih dahulu sebelum menerima tawaran itu,” katanya.
Baddrol yang juga ketua pasukan negara pada Sukan Sea XXVI berkata beliau turut menerima beberapa tawaran daripada pasukan tempatan iaitu Perak, Negeri Sembilan dan Sabah namun tidak dapat memberi kata putus disebabkan masih terikat dengan kontrak bersama Kedah.
Justeru beliau akan berbincang secara baik dengan pengurusan pasukan Hijau Kuning terlebih dahulu sebelum membuat kata putus mengenai pasukan yang akan disertainya musim depan.
November 30, 2011 - 11:40 pm
Buat masa ni … pemain2 Malaysia usah pergi ke Indonesia sebagai pemain import. Liga Indonesia ada masalah sekarang kerana IPL dan ISL bersaing untuk jadi liga yg legal( sah ). PSSI tak reti nak urus kelab2 kat sana. so, jangan buat masa!