Piala FA: Selangor lebur rekod Johor Darul Takzim
Piala FA 2013: Johor Darul Takzim 1-2 Selangor
Suku Akhir Pertama Piala FA 2013
JOHOR Darul Takzim gagal mempertahankan rekod tanpa kalah di laman sendiri, sebaliknya Selangor membawa pulang bekalan selesa ke Shah Alam selepas menang 2-1 dalam aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, semalam.
Aksi terakhir dua pemain import Johor Darul Takzim, Daniel Guiza dan Simone Del Nero nyata mengecewakan selepas kedua-dua pemain gagal membantu mencipta jaringan gol.
Selangor hampir mengejutkan pasukan tuan rumah seawal minit ketiga perlawanan menerusi tandukan deras pemain import, Peter Chrappan, namun ketangkasan penjaga gol Zaulfadli Mohamed menafikan percubaan itu.
Pasukan pelawat akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-14 menerusi rembatan deras Mahali Jasuli yang berjaya menewaskan Zulfadli.
Tiga minit kemudian, pasukan Harimau Selatan memiliki peluang terbaik untuk menyamakan kedudukan menerusi sepakan percuma selepas G. Gurusamy menjatuhkan Nurul Azwan Roya di luar kotak penalti, namun kapten pasukan, Safiq Rahim gagal memanfaatkan peluang itu.
Pasukan bimbingan Fandi Ahmad memiliki dua peluang terbaik menerusi Guiza pada minit ke-32, namun rembatannya dari jarak 30 meter dan rembatan deras Mohamad Muslim Ahmad seminit selepas itu berjaya diselamatkan penjaga gol Selangor, Norazlan Razali.
Separuh masa kedua menyaksikan pasukan tuan rumah lebih banyak mengasak bagi mencari gol penyamaan dan hasilnya pada minit ke-55, Johor dihadiahkan sepakan penalti selepas Safee Sali dijatuhkan Mohd. Asarudin Putra Omar, namun rembatan Guiza berjaya ditepis Norazlan.
Johor terus tertekan apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain pada minit ke-63 apabila Irfan Abd. Ghani dilayangkan kad kuning kedua selepas mengasari Gurusamy.
Mohd. Amri Yahyah turut mencatatkan nama selaku penjaring pada pertemuan itu apabila berjaya mencipta jaringan pada minit ke-68 hasil hantaran Francis Forkey Doe yang berjaya memperdayakan pertahanan serta penjaga gol tuan rumah.
Tuan rumah akhirnya memperolehi gol tunggal pada minit ke-81 apabila pengadil perlawanan menghadiahkan sepakan penalti selepas Mohd. Nasriq Baharom menjatuhkan Safee Sali dan Safee berjaya menewaskan Zulfadli menjadikan kedudukan 1-2.
April 9, 2013 - 9:11 am
Bagus2 selangor, Eh dalam perenggan terakhir tu menyatakan Safee Sali menewaskan Zulfadli? bukan Zulfadli gol keeper JDT?
Typo error tu.
apa2 pun, tahniah Selangor menang di tempat lawan
April 17, 2013 - 5:46 pm
JDT lebor rekod selangor di Sh Alam pulok.Bola itu bulat
April 9, 2013 - 3:16 pm
boley ker JDT bangkit di Stadium Shah Alam nanti???????????..
April 9, 2013 - 4:07 pm
Bole mache
Itu bawak kuih bangkit banyak banyak…
Lagi Kalu itu macam awal awal besar cakap Jangan
Tengok apa Sudah jadi…
Sapa malu
Sampai saya punya Kawan itu jawatan Sudah letak la…
April 9, 2013 - 10:54 pm
u punya kawan skrg tarik balik keputusan letak jawatan. presiden fam sendiri merayu dan memujuk agar kawan u jgn letak jawatan…
April 17, 2013 - 5:44 pm
ha3, jgn terlalu yakin. dah kalah pun.
April 17, 2013 - 7:15 pm
Fam kesian.. sama Tmj.nanti merajuk lagi. tu le nampak berat sebelah ckit2.. Sepatutnya selangor boleh menang.. tapi trik pengadil dan player JDT menjadi.. player selangor tak pernah merasa lg pengadil mcm ni. .skrip sama mcm kedah…