Penyokong Selangor didenda RM1,300 bawa suar masuk Stadium Shah Alam

Selangor vs Sarawak 2015

Gara-gara membawa suar ke dalam stadium, seorang penyokong pasukan bola sepak Selangor didenda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret Shah Alam semalam.

Majistret Farah Azura Mohd. Saad memerintahkan demikian selepas Mohd Amerul Ashraf Yaali, 20, yang juga penjual burger mengaku bersalah membawa barangan terlarang itu sewaktu menonton perlawanan Liga Super antara Selangor dan Sarawak di Stadium Shah Alam di sini pada Sabtu lalu.

Tertuduh yang berasal dari Sekinchan, Sabak Bernam hadir ke stadium tersebut untuk menonton perlawanan bola sepak berkenaan pada pukul 7.45 malam 14 Mac lalu.

Sewaktu pemeriksaan di pintu masuk C stadium itu, sebatang suar telah ditemui di dalam beg sandang berwarna merah yang dipakai tertuduh.

Mohd. Amerul didakwa mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957 yang memperuntukkan hukuman penjara tujuh tahun atau denda RM10,000 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Farah Azura yang mengambil kira pengakuan bersalah dan keinsafan tertuduh menjatuhkan hukuman denda RM1,300 atau lima bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Pada perlawanan berkenaan, Selangor menewaskan Sarawak 2-0 hasil jaringan Afiq Azmi dan Fittri Shazwan Raduwan.

Video Selangor 2-0 Sarawak | 14.3.2015


Video Selangor vs Sarawak [2-0] Malaysia Super League 2015

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>