Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan buat laporan polis kegiatan atur perlawanan

SEREMBAN: Isu rasuah yang mencemar liga bola sepak negara kembali menghantui apabila Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS) membuat laporan polis mengenai kegiatan mengatur keputusan perlawanan membabitkan skuad Piala Presiden dan Liga Super negeri itu.

PBNS membuat laporan di Balai Polis Seremban 2, semalam, selepas menerima aduan dan pengakuan beberapa pemain pasukan bola sepak negeri itu yang bersedia menjadi saksi terhadap dakwaan yang dikatakan berlaku sejak akhir tahun lalu.

Menteri Besar yang juga Presiden PBNS, Datuk Seri Mohamad Hasan, pada sidang media di Wisma Negeri, berkata laporan polis dibuat pengurus pasukan Piala Presiden negeri, Bahari Abd Rahman dan Setiausaha Kehormat PBNS, Datuk Abd Halim Abd Latif. [Berita lanjut]

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , , ,


Readers Comments (1)

  1. fadzil

    tak habis2 ngn rasuah….tau kn rasuah tu dosa tp wt gk…

     Reply