Wan Jamak letak jawatan jurulatih NS

WAN Jamak Wan Hassan akhirnya meletakkan jawatan sebagai ketua jurulatih pasukan Negeri Sembilan kerana berasa bertanggungjawab atas prestasi hambar pasukan itu dalam Liga Super dan Piala FA musim ini.

Presiden Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan berkata, Wan Jamak telah menemuinya pagi tadi dan mengemukakan surat peletakan jawatannya.

“Sebagai seorang profesional, Wan Jamak mahu bertanggungjawab atas prestasi yang kurang memuaskan pasukan Negeri Sembilan dan mohon supaya dia dibenarkan meletakkan jawatan,” katanya kepada pemberita di Seremban hari ini.

Mohamad, yang juga Menteri Besar Negeri Sembilan, berkata demikian kepada pemberita selepas majlis penyerahan tiket dan sagu hati khas kepada pelajar Negeri Sembilan yang menuntut di Mesir.

Katanya, walaupun berat untuk melepaskan Wan Jamak memandangkan jasanya sebelum ini, namun beliau tetap menghormati pendirian jurulatih itu.

Katanya, Wan Jamak telah melakukan pelbagai usaha untuk memulihkan prestasi pasukan tapi tidak berhasil. – Bernama

Related Posts

6 Responses to Wan Jamak letak jawatan jurulatih NS

  1. cian ke wan jamak.haha

  2. Tak pe la….. nnt aku wat club baru…. mampus la N9 tu…. khak tui!!

  3. eh2 terludah dekat kepala sendiri plak…

  4. apply je club laen grenti dpt punya..

  5. satu keputusan yg kurang bijak..

  6. pas ni xlah la nk salah kat w.jamak kalau kalah lg heee3… salah kn si mamat plak..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>