KELANTAN berjaya merampas kembali takhta Liga Super setelah berjaya menewaskan Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Mohammed Ke-IV, Kota Bharu, malam tadi.

Dengan kejayaan tersebut, skuad bimbingan Datuk M Karathu kini berkongsi 33 mata bersama Selangor namun Kelantan mempunyai kelebihan jaringan selepas 16 perlawanan.

Kelantan mendahului 1-0 pada separuh masa menerusi jaringan Mohd Badri Radzi pada minit ke-24 dan memperkukuhkan kedudukan pada babak kedua menerusi jaringan S Chanturu pada minit ke-79.

Di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, pasukan T-Team berkongsi mata dengan Pahang apabila mencatatkan kedudukan seri tanpa jaringan.

Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, Negeri Sembilan dan Felda United terikat 2-2.

Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, pasukan tuan rumah, Johor FC, berjaya menewaskan Sabah 3-0.

Gol Johor FC dijaringkan oleh Eddy Helmi Abdul Manan pada minit ke-41, Mohd Riduwan Maon (minit ke-80) dan Shahrizal Saad (minit ke-90).

Di Stadium Utama, Kangar, pasukan tercorot, Perlis tewas 1-3 kepada Harimau Muda A.

Dalam aksi yang berlangsung sehari lebih awal, Terengganu mengikat Selangor 1-1 di Kuala Terengganu manakala Perak tewas 1-3 kepada Kedah di gelanggang sendiri.




coded by nessus

Main topics: Liga Super, Video

Sub topics: , , , , , , ,


Readers Comments (0)