Azraai Khor jurulatih baru Perak
MOHD Azraai Khor Abdullah dilaporkan telah dilantik sebagai Ketua Jurulatih baru pasukan Liga Super, Perak.
Azraai, mantan Ketua Jurulatih Negeri Sembilan mengikat kontrak selama dua tahun bersama Perak bagi menggantikan Haji Norizan Bakar.
Perak dibimbing jurulatih dari Korea, Jang Jung sepanjang kempen Piala Malaysia 2012 yang menyaksikan pasukan Seladang gagal melangkah ke suku akhir apabila terkandas di peringkat kumpulan.
Jang Jung masih menjadi ketua jurulatih Perak sehingga kontraknya berakhir pada 31 Oktober.
Oleh itu, Jang Jung akan mengendalikan latihan pusat skuad Seladang sehingga kontraknya tamat hujung bulan ini.
Dalam aksi Liga Super 2012, Perak menamatkan saingan di tangga keempat di belakang Kelantan, Lions XII dan Selangor.
Luahan Perasaan