N.Sembilan belum putus asa

SEMANGAT pemain Negeri Sembilan belum lagi pudar sekalipun impian meraih kemenangan tidak berhasil, sebaliknya mereka tetap bertekad mengatasi Perlis di Stadium Kangar, malam ini.

Perlawanan itu akan dijadikan medan menebus kehampaan dalam lima perlawanan terakhir yang menyaksikan Negeri Sembilan mencatat dua seri dan tiga tewas dan kini menduduki tiga tangga terbawah carta liga.

Begitupun Negeri Sembilan bakal turun di Kangar tanpa barisan terbaik berikutan tiga pemain utama mengalami kecederaan membabitkan Idris Karim, Ahmad Aminuddin Shaharuddin dan S Kunalan.

Ketua jurulatih, Mohd Azraai Khor Abdullah, mengakui ia menjejaskan sedikit persiapan, namun pihaknya sudah menyusun strategik terbaik berdepan Perlis demi memastikan kemenangan dan mendapatkan tiga mata.

“Kemasukan semula penyerang, Hairuddin Omar selepas tidak beraksi ketika bertemu Kedah, membolehkan kekuatan barisan depan kembali seperti asal,” katanya.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>