Hairuddin Omar wira Final Piala Malaysia
NEGERI Sembilan menjulang Piala Malaysia selepas bangkit menewaskan Terengganu 2-1 pada perlawanan akhir di Stadium Shah Alam sebentar tadi.
Terengganu mendahului menerusi jaringan Ashaari Shamsudin pada minit ke-59.
Negeri Sembilan menyamakan kedudukan pada minit ke-81 apabila penjaga gol Terengganu, Sharbinee Allawee, gagal menangkap kemas bola sepakan S Kunalan yang melantun di depannya.
Hairuddin Omar memastikan kemenangan Negeri Sembilan menerusi rembatan cantik pada minit ke-86.
Sebelum ini Hairuddin juga muncul wira ketika Negeri Sembilan muncul juara menewaskan Kelantan pada aksi Final 2009.
Tahun lalu, Hairuddin membantu Kelantan muncul juara Piala Malaysia buat pertama kali selain turut menjaring gol untuk Red Warriors menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di pentas final kedua-dua berturut-turut membabitkan pasukan sama.
October 29, 2011 - 11:25 pm
lu mmg banyak ong la Hairuddin. Sarbinee, lu dah jadi cam kes daudsu. esok paper mesti kuar citer pasal lu. hahhaha
Pingback: Keputusan Penuh Final Piala Malaysia 2011 : Negeri Sembilan (2) vs Terengganu (1) « Ustaz Love Menulis…
October 30, 2011 - 1:07 am
kalo sarbinee turun lwn india nanti silap2 kena ganyang pula
October 30, 2011 - 2:42 pm
ganu nk beli peter cech ganti sarbinie
October 30, 2011 - 9:53 pm
SPRM sila siasat pegawai dalam FAM, pengadil , pemain terengganu….sekadar segera……$$$$$$$$$$$$$$$$$