Selangor mahu jerat Rusa
SETELAH mara ke peringkat suku akhir saingan bola sepak Piala FA menewaskan Harimau Muda B, 4 Mac lalu, Selangor sedia menentang skuad Rusa dalam kempen liga di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, malam ini. [VIDEO]
Pengendalinya, K Devan berkata, anak buahnya berada dalam kondisi terbaik walaupun saingan berhenti rehat kira-kira satu minggu lalu.
Katanya, hasrat pasukan Merah Kuning dalam kunjungan ke Paroi adalah mencuri satu mata daripada pasukan lawan dan bonus jika berjaya mengumpul tiga mata.
“Negeri Sembilan perlu diberi perhatian berpandukan kepada senarai barisan pemain yang dimilikinya musim ini.
“Kami harus lebih berwaspada dan berkemungkinan menukar strategi permainan apabila bertemu mereka esok (malam ini),” katanya.
Selangor kini menghuni tangga keempat liga dengan mengumpul 11 mata hasil tiga kemenangan dan dua seri, musim ini.
Selangor menjulang gelaran Liga Super dua kali berturut-turut iaitu pada 2009 dan 2010.
Luahan Perasaan