Tok Gajah tumbang

PAHANG menempa kekalahan pertama musim ini apabila tunduk 3-1 kepada Harimau Muda A.

Walaupun sebelum ini gah dengan aksi pembukaan di Darul Makmur menentang Perlis sehingga meletakkan mereka di puncak Liga Super, anak-anak buah Dollah Salleh gagal mengekal kelincahan pasukan muda yang pernah menimba ilmu di Slovakia pada malam ini.

Bagaimanapun, Tok Gajah memberi petanda awal untuk meneruskan rentak kemenangan yang dicipta dalam perlawanan terdahulu susulan gol sumbangan Famirul Asraf Sayuti seawal minit kedua apabila dia tidak teragak-agak melepaskan pintu gol yang sudah terbuka.

Namun corak permainan Harimau Muda A semakin kemas kerana dapat menguasai bahagian tengah. Tetapi bahagian serangan tampak kurang kreatif untuk menguji gawang lawan sambil bahagian sayap yang tidak banyak mencipta peluang.

Perubahan taktikal Harimau Muda A pada babak kedua pantas memberi impak positif selepas percaturan jurulatih, Ong Kim Swee memasukkan Izzaq Faris Ramlan dan Wan Zaharul Nizam Wan Zakaria dengan mengeluarkan Wan Zack Haikal Wan Noor dan Gary Steven Robbat.

Hanya selepas enam minit separuh masa kedua bersambung, Izzaq Faris menanduk masuk hantaran lintang Mohd Fandi Othman untuk mengikat kedudukan 1-1.

Pada minit ke-58, tiang gol Pahang yang dikawal Mohd Suffian Abd Rahman bergegar hasil percubaan Mohd Irfan Fazail.

Kepantasan pemain tuan rumah ketika melancarkan serangan akhirnya membuahkan hasil apabila penyerang kebangsaan, Izzaq Faris menjaringkan gol keduanya dengan tenang menghantar bola rendah ke penjuru kanan.

Melihat permainan pasukannya kurang bermaya, Dollah Salleh mengeluarkan Zaiza Zainal Abidin dan Fadzirul Zakaria.

Tetapi corak permainan Pahang tidak banyak berubah dan masih terus diasak.

Harimau Muda A kemudian memperolehi gol ketiga hasil sepakan penalti yang disempurnakan Fendi Othman yang menyaksikan Mohd Saiful Nizam Miswan dibuang padang kerana melakukan terjahan dari belakang.

arena.my

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>