Negeri Sembilan tumpu Piala Sumbangsih

  • Kelantan vs Negeri Sembilan
  • Stadium Sultan Mohd Ke-IV Kota Bharu
  • 7 Januari 2012, LIVE TV1 / Astro Arena 8.45 mlm

NEGERI Sembilan mengambil jalan untuk akur dengan arahan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) selepas rayuan mereka untuk menyenaraikan pemain import dari Brazil gagal.

Sebanyak sembilan pemain import telah gagal untuk beraksi dalam pasukan negeri dan kelab masing-masing selepas FAM menyatakan bahawa kesemua mereka tidak menepati syarat-syarat asas.

Negeri Sembilan merupakan salah satu pasukan negeri yang gagal menyenaraikan pemain import mereka dari Brazil, Marquen Nuquen Gocalves.

Namun begitu, ketua jurulatih skuad Negeri Sembilan, Mohd Azraai Khor Abdullah mengatakan bahawa mereka tidak bimbang dengan perkara itu.

Beliau sebaliknya yakin dengan barisan pemain yang telah sedia ada lebih-lebih lagi selepas persembahan yang hebat pada perlawanan pra-musim termasuk perlawanan di Australia.

Mohd Azraai menegaskan bahawa mereka kini hanya menumpukan perhatian kepada pembentukan skuad yang mantap menjelang pertemuan Piala Sumbangsih dengan Kelantan pada 7 Januari ini.

“Walaupun kita mengharapkan pemain import itu (Gocalves Ferreira) dapat bersama pasukan, kita akur arahan dan peraturan yang sudah ditetapkan FAM, namun ketiadaan pemain itu, tidak akan menjejaskan persiapan kita membentuk skuad mantap.

“Selama ini pun kita menggunakan sepenuhnya khidmat pemain tempatan dan saya yakin terhadap barisan yang sedia ada mampu menggalas cabaran pasukan.

“Apa yang penting setiap pemain sudah diingatkan supaya memberikan tumpuan sepenuhnya kepada usaha mencapai tahap prestasi terbaik,” katanya.

Kelantan vs Negeri Sembilan Piala Sumbangsih 2012

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>