PENANTIAN pasukan berstatus kelab, T-Team untuk mencatat kemenangan pertama pada kempen Liga Super musim ini akhirnya tercapai.
Semalam, pasukan kendalian Yunus Alif itu bijak menampilkan permainan kelas tersendiri untuk membelasah Perlis 3-0.
Pada aksi di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu itu, Khairul Izwan Khalid meletakkan tuan rumah di hadapan seawal minit ketiga.
Khairul yang tidak dikawal bijak menolak bola masuk ke gawang Perlis selepas berlaku perebutan dalam kawasan kotak penalti.
Tujuh minit kemudian, gawang pelawat yang dikemudi Hairol Fazreen bolos lagi, kali ini menerusi rembatan Badrul Hisani Abd Rahman.
Pada minit ke-13, Perlis dihadiahkan sepakan penalti selepas bola terkena tangan pertahanan T-Team, Azizi Matt Rose, namun sepakan yang diambil Faiz Subri sekadar terkena tiang gol.
Bersambung babak kedua, T-Team kembali melancarkan serangan bertali arus dan hasilnya, Khairul Izwan berjaya menambah gol ketiga pada minit ke-59.
Gol peribadi kedua Khairul itu hadir menerusi tandukan cantik hasil sepakan percuma Rosdi Talib.
T-Team berpeluang menambah gol keempat pada minit ke-89, namun percubaan Norfarhan Mohammad dari luar kotak penalti sekadar terkena tiang gol.
Bagaimanapun, kemenangan sulung yang dicatat pada aksi semalam membolehkan T-Team mengumpul empat mata daripada lima perlawanan.
Sementara itu, juara bertahan, Selangor terus merasai kehilangan bekas penyerang mereka, Safee Sali apabila gagal mencatat kemenangan ketiga apabila hanya mampu seri 0-0 dengan Johor FC di Stadium JCorp, Pasir Gudang.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi pula, tuan rumah Negeri Sembilan berjaya mengalahkan Sabah 1-0.
Perak pula terus mengekori pendahulu liga, Kelantan apabila mengejutkan tuan rumah, Pahang 0-2 di Stadium Darul Makmur semalam.
Di Stadium Shah Alam pula menyaksikan Harimau Muda A turut diikat 1-1 oleh Felda United. — Kosmo
Related posts
- FAM jangan double standard
- Terengganu intai peluang ke puncak
- Presiden FAM: Tunjukkan bukti jika betul ada rasuah
- Kelantan hampiri gelaran liga
- 9 pemain Perlis diumpan RM900,000
- Video: Perlis 1-3 Harimau Muda MSL 2011
- Video: Kedah 2-0 Perlis
- Video: Perlis 1-5 Kelantan
- Perak Juara Piala Belia 2012
- Sukma 2012: Terengganu ketuai cabaran suku akhir
Main topics: Liga Super
Sub topics: Liga Malaysia, Liga Super 2011, Perlis, T-Team
yeah…
mcm tu la tteam..
good job!!!
alah dgn perlis bleh laaa… team tahi xleh pppp
baru bene t-team..hahhahahaha