Liverpool kembali ke Wembley selepas 16 tahun


Jaringan Craig Bellamy membawa Liverpool ke Final Piala Carling 2012

LIVERPOOL kembali ke Stadium Wembley dalam tempoh 16 tahun selepas menyingkirkan Manchester City dalam saingan separuh akhir Piala Carling.

Perlawanan di Anfield awal pagi tadi berkesudahan kedua-dua pasukan seri 2-2 namun Liverpool layak ke final secara agregat 3-2 selepas menang 1-0 pada aksi timbal balik pertama di Eastland minggu lalu.

Bekas penyerang City, Craig Bellamy menjaringkan gol yang menjadi pemisah ke atas bekas kelabnya bagi membantu Liverpool melangkah ke perlawanan akhir Piala Carling yang turut membuat pengurus, Kenny Dalglish berlinangan air mata.

Peyerang antarabangsa Wales itu telah memainkan peranan penting dan akan menghadapi satu lagi kelab lamanya, kelab yang dia dilahirkan, Cardiff City dalam perjuangan Reds untuk memenangi trofi sejak kemarau kejuaraan mereka dari tahun 2006.

Pemilik Liverpool John Henry telah menyaksikan perlawanan itu dan berharap yang ia adalah penanda kebangkitan kelab dibelinya itu 18 bulan lalu.

Walaupun pasukan kendalian Roberto Mancini menjaringkan dua gol di Anfield tetapi ia nyata tidak cukup untuk menyekat kemaraan Liverpool ke Wembley.

Video Liverpool 2-2 Manchester City | Separuh Akhir Piala Carling

Mancini menurunkan tiga pemain pertahanan dengan Joleon Lescott, Micah Richards dan Stefan Savic di tengah.

Aleksander Kolarov hampir-hampir memberi Enrique gol kemenangan dalam minit keempat setelah kesilapan dengan tendangannya tetapi penjaga gol Joe Hart telah menghalangnya dengan kaki beliau sebelum Stewart Downing merembatnya tetapi voli beliau terlalu jauh.

Bellamy merupakan pemain yang paling mengancam skuad tuan rumah dengan menguji Hart beberapa kali termasuk dalam keadaan ofsaid.

Walaupun tuan rumah menguasai tempoh 30 minit pertama tetapi De Jong telah menjaringkan gol terbaik dalam kerjayanya.

Setelah menerima hantaran dari Silva, dia merembat bola dari jarak yang jauh dan tendangannya yang cantik telah memesong bola masuk melepasi Jose Reina.

Ia adalah gol keduanya dalam 118 penampilan.

Pengadil Dowd memutuskan percubaan Daniel Agger yang terpesong ke tangan Micah Richards adalah insiden penalti dan Gerrard yang mengambil tendangan itu tidak berdepan masalah untuk menjaringkan gol keempat berturut-turut dalam separuh akhir Piala Carling.

Savic digantikan Aguero dalam separuh masa kedua dan City kembali kepada empat pemain pertahanan dalam berisan mereka tetapi Liverpool yang membuat serangan pertama apabila tendangan percuma Gerrard dirembat Martin Skrtel namun berjaya diselamatkan Hart.

Penjaga gol England itu sekali lagi menghalang pasukan Reds apabila menepis percubaan voli Downing dari hantaran Kuyt.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>