Kelantan kembali rampas takhta Liga Super
KELANTAN kembali merampas kedudukan teratas Liga Super setelah berjaya mengutip tiga mata penuh apabila mengalahkan Pahang 1-0 di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu malam tadi.
Berbaki tiga lagi perlawanan, Skuad bimbingan M.Karathu kini berkongsi 47 mata bersama Terengganu namun mempunyai kelebihan dari sudut jaringan.
Gol kemenangan Kelantan dijaringkan oleh Mohd Badhri Radzi seawal minit ke-8. [LIHAT VIDEO]
Terengganu gagal meneruskan rentak kemenangan setelah dikecewakan Kedah 0-1 di hadapan penyokong sendiri pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu.
Baddrol Bakhtiar menjadi wira bagi skuad Hijau Kuning apabila menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-43. [LIHAT VIDEO]
Turut mencatat kemenangan pada malam tadi ialah Selangor yang berjaya menumpaskan Negeri Sembilan 2-0 di Stadium Shah Alam. [LIHAT VIDEO]
Di Stadium Perak, Ipoh, pasukan tuan rumah berjaya mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah berjaya mengalahkan T-Team 2-0.
Dua gol Perak dijaringkan oleh Mohd Syazwan Mohd Roslan minit ke-45 dan Shazuan Ashraf (minit ke-87).
Pasukan tercorot, Perlis sekali lagi tumpas 0-1 kepada Felda United pada perlawanan yang berlangsung di Stadium Utama Negeri, Kangar.
Di Stadium Bolasepak Kuala Lumpur, Cheras, pasukan tuan rumah gagal mengunakan kelebihan bermain di tempat sendiri setelah tumpas 1-2 kepada Johor FC.
Dua gol bagi pasukan pelawat disumbangkan oleh Azizan Baba pada minit ke-8 dan minit ke-35.
Gol saguhati Kuala Lumpur pula dijaringkan oleh Khairul Anuar Shafie pada minit ke-84.
Di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Harimau Muda A mengalahkan Sabah 2-0. [LIHAT VIDEO]
- Utusan Malaysia
Luahan Perasaan