Kelantan kekal penguasaan
KELANTAN mengekalkan rekod tanpa kalah dengan menewaskan Kuala Lumpur 2-0 pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Mohamed IV, Kota Bharu, malam tadi
Kemenangan di tempat sendiri itu membolehkan skuad bimbingan Datuk M Karathu mendahului kedudukan liga dengan 10 mata selepas empat perlawanan, sekaligus mengenepikan pencabar terdekat Perak dengan kelebihan dua mata.
Dalam aksi malam tadi, Mohd Ramzul Zahini dan Norshahrul Idlan Talaha memastikan tiga mata penuh buat Kelantan untuk kekal selaku pendahulu Liga Super.
Ramzul membuka jaringan pada minit pertama babak kedua selepas menerima hantaran tepat daripada kapten pasukan, Mohd Badhri Radzi.
Anak buah Datuk M Karathu yang menguasai babak kedua, menambah jaringan menerusi Norshahrul dua minit sebelum tamat permainan.
Di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Felda United menafikan kelebihan laman sendiri Negeri Sembilan walaupun terpaksa bermain dengan 10 orang.
Selepas terikat tanpa jaringan, Abdul Ghani Abd Rahman memecah kebuntuan tiga minit sebelum tamat untuk pulang membawa tiga mata.
Di Stadium Likas, Kota Kinabalu, anak buah Phillips Gary Michael gagal memanfaatkan kelebihan bermain di gelanggang sendiri apabila tewas 0-1 kepada Johor FC.
Gol Johor FC diperoleh pada minit ke-56 menerusi Mohd Riduwan Maon yang memperdayakan dua pertahanan Sabah sebelum merembat kencang ke kiri pintu gol menewaskan penjaga gawang Sabah, Azizon Abdul Kadir.
Di Stadium Darulaman, Kedah gagal menggunakan kelebihan bermain di laman sendiri untuk mengatasi jiran, Perak apabila sekadar seri 0-0.
Kedah menguasai permainan namun jentera serangan dikemudi Khyril Muhymeen Zambri, Amar Rohidan dan Azlan Ismail gagal menjelmakan gol.
Di Stadium Darulmakmur, Pahang memastikan kekecewaan tewas dua kali berturut-turut ditebus ketika melayan kunjungan kelab jiran, T-Team. Gol seawal minit ketiga oleh Zaiza Zainal Abidin terus memalit duka buat T-Team yang masih belum menang setakat empat perlawanan musim ini.
February 16, 2011 - 4:10 pm
kelantan mengekalkan rekod tanpa kalah dengan kemenangan 0-2 sepatutnya… bukan 2-0.. hehehhehe
kerana perlawanan ini kuala lumpur adalah tuan rumah.
February 17, 2011 - 11:04 pm
kenapa yer kuala lumpur tuan rumah tapi main kat kelantan..
February 18, 2011 - 12:21 pm
@kimi,
stadium kl tgh upgrade so xleh guna. pasl tu main kt klatn
February 19, 2011 - 2:55 pm
harapan bagi ponyokong kelantan ….pasukan kelantan lebih baik pemain dari negeri sendiri dari ambil pemain dari negeri lain
February 21, 2011 - 2:11 am
ha’ah..molek ler tu.. kelantan amik pemain dr negeri sendiri.. barulh terus menerus je kalahnye.. klu asyik duk main pakai player tempatan bilenye nak maju klntnFC brader woii.. lmbt lg la nak nai taraf profesional football.. liga inggeris, sepanyol, german italy perancis dan memana club yg berjaya didunia ni pun sedut pemain dr luar jgak.. pandang kedepan jgn pandang keatas.. team kelantan lama dah duk pandang keatas main ngan player tempatan.. kononnyer pemain asli kelantan.. sbb tu xde ranking pun tahun yg sudah2.. 2-3tahun ni je baru nak merasa meriahnye stadium tu klu tak.. hmmm…
March 12, 2011 - 6:13 pm
kawe sokong jgk kato2 demo..klu tgk club2 luar ramai player luar dr tmptn hok main..