Kelantan kekal penguasaan

PENDAHULU Liga Super, Kelantan mengukuhkan cengkaman di persada liga selepas menewaskan Harimau Muda A 2-1 pada pertemuan yang berlangsung di Stadium Sultan Mohamad Ke-IV, Kota Bharu.

Kemenangan berkenaan membolehkan skuad Red Warriors mengutip 17 mata secara keseluruhan daripada lapan perlawanan serta memiliki kelebihan tiga mata di hadapan pencabar, terdekat Felda United dan Selangor.

Skuad anak didik Datuk M Karathu mengawal rentak dan corak permainan kemas untuk sekaligus membawa kegembiraan buat penyokong setia tuan rumah.

Dua gol The Red Warriors dijaringkan oleh Solihin Kanasian pada minit ke-11 dan S Chanturu (min-24) sementara gol tunggal Harimau Muda A dijaringkan oleh Mohd Irfan Fazail pada minit ke-44.

Manakala dalam aksi Liga Perdana yang baru sahaja berehat dua minggu menyaksikan Selangor PKNS masih utuh mempertahankan kedudukan di tangga teratas apabila menang 2-1 ke atas Johor di Stadium Tan Sri Datuk Haji Hassan Yunus, Johor Baharu.

Keputusan itu membolehkan Selangor PKNS menambah tiga mata untuk mengutip 19 mata keseluruhan selepas tujuh perlawanan setakat ini.

Pasukan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pula melonjak ke tangga kedua liga selepas menang 2-1 ke atas pasukan tercorot Pulau Pinang di Stadium Batu Kawan, memusnahkan impian pasukan itu mencari kemenangan sulung musim ini.

Di NEGERI SEMBILAN, pasukan Sarawak berpesta jaringan apabila membelasah tuan rumah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) 4-0 pada pertemuan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

Di PETALING JAYA, pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Sime Darby memperoleh kemenangan ketiganya setelah menewaskan sebuah kelab dari Pulau Pinang, SDM Navy 2-0 pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Di SELAYANG, sebuah lagi pasukan kelab dari Kuala Lumpur, Pos Malaysia pula mensia-siakan peluang bermain di tempat sendiri apabila seri 1-1 menentang pasukan kelab dari Johor, Majlis Perbandaran (MP) Muar pada pertemuan di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>