Kelantan juara baru Liga Super

KELANTAN cemas seketika sebelum mengesahkan kejuaraan Liga Super 2011 apabila diasak pasukan tuan rumah Sabah pada babak akhir perlawanan, sebelum menang 2-1 di Stadium Likas, Kota Kinabalu semalam.

Peledak utama Red Warriors, Noorshahrul Idlan Talaha muncul wira pasukannya apabila menjaringkan kedua-dua gol pada minit ke-5 dan ke-71.

Selepas jaringan kedua itu, Kelantan yang hanya menantikan wisel penamat dibunyikan, cemas apabila Sabah bangkit memberi tentangan dengan memperoleh gol menerusi Razlan Otoh, minit ke-76.

Jaringan tersebut menyuntik semangat pemain Sabah untuk memburu gol penyamaan dengan melakukan asak bertali arus, namun gagal menembusi gawang Kelantan yang dikawal kemas Khairul Fahmi Che Mat.

Kemenangan pada perlawanan terakhir semalam membolehkan Kelantan mengumpul 56 mata dan tidak mampu dicabar Selangor dan Terengganu.

Sebaliknya Selangor menutup saingan musim ini dengan penuh kehampaan, apabila bukan sahaja gagal memintas Kelantan, sebaliknya tercicir ke tangga ketiga selepas seri tanpa jaringan dengan Perak di Stadium Perak, Ipoh.

Kedudukan naib juara pula menjadi milik Terengganu apabila berpesta gol dengan membelasah Felda United 6-2 di Stadium MBPJ, Kelana Jaya.

Penyerang Terengganu, Abdul Hadi Yahya meledak empat gol pada minit ke-22, ke-42, ke-70 dan ke-82, manakala dua gol lagi dijaringkan Ree Shafiq Alwi minit ke-16 dan Abdul Manaf Mamat minit ke-18.

Gol Felda United pula dijaringkan Mat Asmarul Fadzil Hassan minit ke-45 dan Mohd. Shazwan Zainon minit ke-85.

Negeri Sembilan menutup saingan musim ini dengan kemenangan 2-0 ke atas Perlis di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi hasil jaringan Ahmad Fakri Sharani minit ke-36 dan Shahurain Abu Samah minit ke-59.

Kedah menamatkan saingan di tangga keempat selepas menang 1-0 ke atas pasukan kedua tercorot, Pahang di Stadium Darulmakmur, Kuantan menerusi jaringan tunggal Mohd. Fiqri Md. Isa minit ke-69.

Senarai Pemenang Liga Super:

  • 2011: Kelantan
  • 2010: Selangor
  • 2009: Selangor
  • 2008: Kedah
  • 2007: Kedah
  • 2006: N.Sembilan
  • 2005: Perlis
  • 2004: Pahang

Senarai Pemenang Liga Malaysia 2011:

  • Juara Liga Super: Kelantan
  • Juara Piala FA: Terengganu
  • Juara Piala Sumbangsih: Kelantan
  • Juara Liga Perdana: PKNS Selangor
  • Juara Piala Malaysia 2011: ?

Senarai Penjaring Terbanyak Liga Super 2011:

  • 20 Gol: Abdul Hadi Yahya (Terengganu)
  • 19 Gol: Norshahrul Idlan Talaha (Kelantan)
  • 13 Gol: Abdul Manaf Mamat (Terengganu
  • 10 Gol: Mohd Badhri Radzi (Kelantan), Ashaari Shamsuddin (Terengganu), Indra Putra Mahayuddin (T-Team)
Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

9 Responses to Kelantan juara baru Liga Super

  1. huhu..tahniah. Tahniah pada kelantan!

  2. alhamdulillah tahniah…gomo utk piala malaysia pulop..

  3. Tahniah kelate.. hebat doh.

  4. walaupom tipis dan di asak oleh sabah ttp kelantan masih gagah meharunginya..pasukan yg d anaktirikan oleh FAM akhir nya menjadi juara liga..tahniah kelantan..

  5. gergasi taknak komen?

  6. abg long fadil

    gomo kelate gomo….. kito gomo pialo malaysia plop

  7. nasib baik awok kito mene male ni kalu dok mest kitoi tudoh pengadil rasuah lah..berpakatlah..

  8. tu la psl..nsb baik menang..
    klu x byk isu plak..game dah jual la..ref rasuah la..kekeke

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>