Kelantan idam pintas Selangor

Prebiu Perlawanan Ke-16 Liga Super 2011

T-Team vs Pahang
(Siaran Langsung Astro Arena)

TUAN rumah masih segar dengan kejayaan menundukkan Kedah 3-1 dan berazam meneruskan momentum kemenangan. Namun ada berita yang mengejutkan peminat apabila pihak pengurusan pasukan mengambil langlah drastik merehatkan ketua jurulatih, Yunus Alif susulan beberapa keputusan kurang memberangsangkan dalam beberapa perlawanan lalu.

Tok Gajah turut dalam mood terbaik selepas berjaya menjinakkan Singa Utara di Kangar Selasa lalu dan anak buah Dollah Salleh mengimpikan tiga mata penuh sekali lagi dapat dibawa pulang ke Kuantan malam ini.

Kelantan vs Kuala Lumpur
(Stadium Sultan Muhammed Ke-IV)

KELANTAN tekad meneruskan rentetan kemenangan keempat berturut-turut apabila menanti kunjungan skuad kendalian Razip Ismail. Apatah lagi peluang kini terbuka luas buat Kelantan untuk menerajui carta Liga Super daripada Selangor selepas skuad Red Giants diikat Terengganu malam tadi.

Kedudukan skuad warga kota kian terancam selepas tewas enam kali setakat ini. Sesuatu perlu dilakukan Razip bagi mengelak pasukannya mengalami satu lagi kekalahan malam ini.

Felda United vs Negeri Sembilan
(Stadium PBKL Cheras)

FELDA United perlu menamatkan rentetan dua kali seri dalam aksi terakhir dan berdepan Negeri Sembilan bukan suatu tugas mudah bagi anak buah E Elavarasan. Jika misi gagal Felda United bakal dipintas pasukan Harimau Muda A yang berkunjung ke Kangar.

Penyandang Piala FA, Negeri Sembilan masih belum menunjukkan taring sebenar di bawah kendalian jurulatih baru, Azraai Khor Abdullah. Skuad Rusa perlu berusaha keras untuk memperbaiki kedudukan mereka dalam carta liga. Hanya tiga mata penuh mampu merealisasikan harapan itu.

Johor FC vs Sabah
(Stadium JCorp Pasir Gudang)

TIADA apa yang boleh dibanggakan oleh Johor FC apabila turun berdepan Sabah di gelanggang sendiri malam ini. Digelar ‘pakar seri’, Johor FC hanya merekodkan satu kemenangan ketika beraksi di Pasir Gudang musim ini.

Bagi Skuad Badak pula terus dirundung malang apabila membiarkan lawan bangkit dalam dua perlawanan berturut-turut selepas mendahului lawan untuk gagal meraih sebarang mata. Sebagai rekod, skuad Badak tewas dalam tiga perlawanan terakhir mereka.

Perlis vs Harimau Muda A
(Stadium Utama Kangar)

PASUKAN tercorot, Singa Utara menerima kunjungan Harimau Muda A dalam keadaan prestasi mereka yang terumbang-ambing. Perlis melepaskan 11 gol ketika mereka tewas dalam tiga aksi terakhir dan hanya menjaringkan dua gol.

Ong Kim Swee masih menaruh harapan tinggi kepada pemainnya untuk terus menyinar musim ini. Harimau Muda berpeluang memperbaiki kedudukan andai mereka mampu menjinakkan skuad Singa Utara.

Related Posts

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>