KEDAH mengutip tiga mata penuh apabila menewaskan pasukan Harimau Muda A di Stadium Shah Alam malam tadi.

Kemenangan itu menyaksikan Kedah melonjakkan diri ke tangga keempat dengan kutipan 24 mata selepas 13 perlawanan.

Kedah yang turun dengan barisan pemain terbaik melakukan beberapa cubaan, namun gagal dimanfaatkan.

Pada babak kedua, Kedah memperoleh gol pertama apabila pemain pertahanan Harimau Muda A, Mohd Amer Saidin melakukan kesilapan menjaringkan gol sendiri pada minit ke-80.

Keputusan kekal 1-0, yang memberi kemenangan kepada pasukan Kedah ketika pengadil meniup wisel menandakan perlawanan telah tamat.




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)