Kedah intai peluang
KEDAH mencatat kemenangan ketiga berturut-turut menewaskan Pahang 1-0 hasil jaringan V Thirumurugan pada minit ke-56 untuk berkongsi 21 mata dengan Kelantan tetapi dibezakan dengan perbezaan jaringan gol.
Di Stadium Utama, Kangar, Perlis akhirnya memecah kebuntuan kemenangan sulung dalam liga apabila menumpaskan Negeri Sembilan 3-2.
Bagaimanapun, Negeri Sembilan membuka tirai jaringan pada minit ke-27 menerusi Mohd Firdaus Azizul sebelum Mohamad Hisyam Mohd Shofi menyamakan kedudukan pada minit ke-45.
Perlis, yang gagal mencari kemenangan selepas 11 perlawanan sebelum ini, bangkit pada babak kedua dengan dua jaringan oleh Mohd Rizal Ghazali pada minit ke-68 dan 74.
Negeri Sembilan kemudian merapatkan jurang jaringan menerusi G. Mahathevan pada minit ke-90, menjadikan kedudukan mereka dua dari tangga bawah liga dengan 11 mata manakala Perlis tercorot dengan tujuh mata.
Di Stadium Bolasepak Cheras, Kuala Lumpur mencatatkan kemenangan ketiga selepas 12 perlawanan apabila menumpaskan T-Team 3-1.
Kuala Lumpur menjaringkan kesemua gol pada babak pertama menerusi See Kok Lue pada minit ke-11 dan dua gol oleh Ahmad Hazwan Bakri pada minit ke-13 dan 14 manakala gol saguhati T-Team dijaringkan oleh Indra Putra Mahayudin pada minit ke-21.
Di Stadium JCorp, Pasir Gudang, Harimau Muda A menang 1-0 ke atas Johor FC melalui jaringan Mohd Irean Fazali pada minit ke-70.
Harimau Muda A kini menduduki tangga keenam dalam liga dengan 15 mata manakala Johor FC pula di tangga ke-11 dengan 12 mata.
Luahan Perasaan