Harimau Muda ke Liga Singapura
Young Lions ganti tempat Harimau Muda A di Liga Super
BERMULA musim 2012, skuad Harimau Muda A akan bersaing dalam Liga Singapura sementara pasukan Young Lions dari Singapura akan beraksi dalam liga elit Malaysia, Liga Super.
Musim depan juga bakal menyaksikan pertembungan Juara Piala Malaysia menentang juara Piala Singapura sementara juara Liga Super menentang juara Liga Singapura.
Timbalan presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata ketiga-tiga siri pertemuan itu merupakan inisiatif terbaru persatuan induk bola sepak negara dengan Persatuan Bolasepak Singapura (FAS).
“Kita semua tahu hubungan istimewa FAM dan FAS yang terjalin sejak dahulu.
Pertukaran skuad muda negara masing-masing untuk bersaing di Liga Malaysia dan Liga Singapura serta pertemuan juara-juara dari kedua-dua negara pasti akan mengembalikan nostalgia lama, terutama persaingan di atas padang,” katanya.
Tengku Abdullah berkata demikian selepas menyaksikan majlis menandatangani perjanjian kerjasama melibatkan kedua-dua persatuan induk bola sepak Malaysia dan Singapura di Wisma FAM di sini pada Selasa.
FAM diwakili Setiausaha agungnya Datuk Azzuddin Ahmad sementara FAS oleh Setiausaha Agungnya Winston Lee. Turut hadir presiden FAS, Zainudin Nordin.
Tengku Abdullah berkata FAM dan FAS kini cuba menyesuaikan jadual perlawanan yang melibatkan Liga Super dan Liga Singapura bagi membolehkan Harimau Muda A dan Young Lions beraksi.
Beliau berkata bermula musim depan, skuad Harimau Muda A yang kini dikendalikan Ong Kim Swee mungkin akan berpengkalan di Johor Baharu bagi memudahkan logistik pasukan itu ke Singapura.
Zainudin pula berkata terdapat desakan daripada penyokong di Republik itu yang mahukan skuad mereka beraksi di Liga Malaysia.
“Bagi FAS, langkah menarik Harimau Muda A bersaing dalam Liga Singapura diharap dapat menarik kembali sokongan peminat ke stadium,” katanya.
Pasukan Singapura pernah bergelar juara Piala Malaysia sebanyak 24 kali sejak piala itu diperkenalkan pada 1921 sebelum menarik diri pada 1994.
July 13, 2011 - 12:11 am
akhirna capai jugak cita2 untuk harimau muda beraksi d kancah liga singapor.,ini persiapan yang baik untuk masa dapan harimau muda..gua sokong jika ini dapat d laksana dengan baik…
July 23, 2011 - 8:29 pm
aku pun sokong 180000% ….hahahah
July 13, 2011 - 2:25 am
Satu langkah yg amat baik dan bijak bgi mmbri peluang para pemain muda negara utk menimba sbanyak mungkin pengalaman sbelum mereka dipertanggungjwbkn mnggalas peranan dlm skuad senior..mungkin selepas liga Singapura mereka akn dihantar pula utk btanding dlm liga yg lebih kompetitif pula spt liga Jepun atau Korea pula..
July 13, 2011 - 9:49 pm
semoga mereka akan lebih berjaya disana. Timba pengalaman yang lebih banyak dari sekarang.
November 13, 2011 - 9:15 pm
BAGUS.tapi pengurusan stadium kena improve facilities terutamanya BILIK AIR dan SURAU..jgn ada kata kata di belakang pulak kata kita ‘LOW CLASS’ terutamanya stadium stadium yang agak gelak lampu limpah.