Gantung tak bertali: Hairuddin nasihat selesai cara baik

astro liga super malaysia

PRESIDEN Persatu­an Pemain Bola sepak Profesional (PFAM), Hairuddin Omar memberitahu dia maklum mengenai isu tiga pemain yang mewakili sebuah pasu­kan terkenal dari Pantai Timur digantung tidak bertali selepas salah seorang daripada mereka memberitahunya menerusi telfon sebelum ini.

Hairuddin atau lebih mesra disapa sebagai Hai-O menganggap perbincangan dua hala antara pemain itu dengan persatuan bola sepak berkenaan perlu dilakukan segera bagi mencapai kata sepakat yang menguntungkan kedua-dua belah pihak bagi menyelesaikan masalah berkenaan.

“Sepatutnya kelab itu menga­dakan perbincangan bersama ketiga-tiga pemain berkenaan bagi merungkai segala permasalahan yang mereka hadapi, dan mencapai keputusan yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

“Jika kelab tersebut tidak mahukan khidmat tiga pemain berkenaan mereka perlu memaklumkan terlebih dahulu supaya pemain terlibat boleh mencari pasukan lain. Kalau perkara ini berlarutan, ini boleh dianggap sebagai kes penganiayaan terhadap pemain.

“Bagaimanapun sebagai Presiden PFAM, saya tidak boleh membuat apa-apa terhadap kes ini sekiranya pemain tersebut masih menerima gaji daripada majikan meskipun tidak disenaraikan di dalam pasukan untuk musim hadapan. Kalau mereka tidak dapat gaji maka kami boleh memainkan peranan,” kata­nya ketika dihubungi semalam.

Semalam Utusan Malaysia mela­porkan tiga pemain dengan sebuah pasukan Pantai Timur tidak menge­tahui nasib mereka pada musim hadapan meskipun masih mempunyai baki kontrak selama setahun setelah tidak disenaraikan di dalam pasukan untuk musim 2015.

Bagaimanapun ketua pasukan ATM itu berpendapat, kemungkinan besar kelab tersebut mempunyai perancangan terhadap ketiga-tiga pemain tersebut, sama ada meminjamkan mereka atau menjual kepada pasukan lain.

Bekas penyerang kebangsaan berusia 35 tahun itu enggan me­ngulas lebih lanjut mengenai kredibiliti kelab tersebut dalam meng­urus pasukan mereka kerana baginya isu tersebut masih samar-samar dan pihaknya juga tidak menerima laporan rasmi.

Sementara itu, Persa­tuan Bola Sepak Kelantan berkata tiga pemain yang dikatakan digantung tidak bertali masih mempunyai kontrak dengan KAFA, namun atas persetujuan bersama kesemua mereka bebas untuk mencari pasukan baharu bagi mengharungi saingan Liga Malaysia (Liga M) musim hadapan.

Sumber dalaman KAFA berkata, isu tersebut tidak sepatutnya timbul kerana kedua-dua pihak terikat dengan klausa kontrak sehinggalah diputuskan atas persetujuan bersama.

Dalam perkembangan lain, Hai-O merasakan dia masih bertenaga untuk mengharungi kancah bola sepak dalam masa beberapa tahun lagi.

Baginya tahap prestasinya kini berada lebih baik berbanding sebelumnya.

“Saya tidak pernah terfikir untuk bersara malah merasakan diri saya lebih bertenaga berbanding sebelum ini. Saya pasti musim depan ATM mampu memberi saingan kepada tiga pasukan teratas liga, ditambah pula dengan kehadiran penyerang berbisa, Norshahrul Idlan Talaha,” katanya.

pemain kelantan fa 2015

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>