KELANTAN kembali menerajui takhta Liga Super dengan kelebihan jaringan gol ke atas pesaing terdekat, Selangor selepas menewaskan skuad warga kota, Kuala Lumpur 2-0 di Stadium Sultan Muhammed Ke-IV, Kota Bharu.

Perlawanan malam tadi dilihat seimbang meskipun Kelantan banyak mengatur serangan, banyak percubaan Kelantan berjaya ditepis dan diselamatkan penjaga gol pasukan pelawat, Norazlan Razali.

Khairul Fahmi yang setakat tiga perlawanan terakhir masih belum dibolosi dilihat begitu cemerlang mengawal gawang gol dari asakan-asakan pemain Kuala Lumpur.

Pada minit ke-24 separuh masa, kapten Kelantan, Mohd Badhri Mohd Radzi berjaya menjaringkan gol pendahuluan sebagai penyuntik semangat kepada pemain lain.

Badhri atau Piya membawa bola secara solo dengan menggelecek lima pemain Kuala Lumpur sebelum melepaskan sepakan tepat ke gawang gol telah membuktikan pada semua dia tetap berbisa. Keputusan 1-0 kekal sehingga berakhir perlawanan babak pertama.

Separuh masa kedua Kelantan melakukan tiga pertukaran, pertukaran pertama mengeluarkan Ramzul Zahini dan memasukkan Nizad Ayub, Mengeluarkan Rizal Fahmi dan digantikan Farisham dan mengeluarkan Izuan Solahuddin dan digantikan Nurul Azwan Roya.

Pertukaran ini menyaksikan rentak serangan Kelantan lebih berbisa, pada minit ke-79 S Chanturu tidak mensia-siakan hantaran tepat Piya kepadanya apabila berjaya melakukan ungkitan tepat menewaskan penjaga gol Norazlan Razali.

Kemenangan ini berjaya membuka lembaran baru saingan Kelantan dalam Liga Super yang berbaki 10 perlawanan lagi. Fokus supaya tidak keciciran mata menjadi percaturan penting Datuk M Karathu dalam aksi seterusnya.

Laporan asal: www.theredwarriors.com




coded by nessus

Main topics: Liga Super

Sub topics: , , ,


Readers Comments (0)