PKNS raih kemenangan ke-18
JUARA Liga Perdana 2011, PKNS Selangor meraih kemenangan ke-18 setelah berjaya menewaskan Harimau Muda B 2-1 pada perlawanan penutup tirai liga di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya, malam tadi.
Pada babak pertama PKNS melancarkan beberapa serangan bagi mencari gol namun cubaan tersebut dipatahkan oleh barisan pertahanan Harimau Muda B.
Kekebalan benteng pertahanan Harimau Muda B tidak kekal lama apabila skuad bimbingan Abdul Rahman Ibrahim berjaya memperolehi gol pertama menerusi Mohd Azrif Nasrulhaq Badrul pada minit ke-58.
PKNS kemudianya memperolehi kedua pada minit ke-69 hasil jaringan Mohammad Zamri Hassan.
Gol saguhati Harimau Muda B disumbangkan oleh Mohd Syafiq Shalihin Mohd Noor pada minit ke-77.
Di Stadium Hang Tuah, Melaka, pasukan polis (PDRM) menang tipis 1-0 mengalahkan Sime Darby.
Gol PDRM dijaringkan oleh Mohd Fauzi Abdul Majid pada minit ke-84.
Pasukan USM FC pula mengalahkan Pos Malaysia 3-1 di Stadium Olahraga USM, Pulau Pinang.
Mohd Failee Mohamad Ghazali membuat hatrik apabila berjaya menjaringkan gol pada minit pertama, minit ke-73 dan minit ke-80.
Gol saguhati pasukan pelawat disumbangkan oleh Mohd Hanifuddin pada minit ke-35.
Pasukan Sarawak pula menang tipis 1-0 ke atas pasukan ATM di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, Selangor.
Di Stadium Tan Sri Dato’ Haji Hassan Yunos, Johor Bharu, pasukan tuan rumah mencatat kemenangan bergaya apabila menewaskan Pulau Pinang 4-0, manakala SDM Navy menang tipis 4-3 ke atas MP Muar.
Sementara itu, dalam satu perlawanan Liga Super, Harimau Muda A menewaskan Kuala Lumpur 1-0 di Stadium Shah Alam.
Harimau Muda A membuka jaringan pada minit ke-15 hasil jaringan Azmi Sarmin.
Luahan Perasaan