Sarawak atasi Harimau Muda 2-1
HUJAN yang reda pada separuh masa kedua memberi kelebihan kepada Sarawak apabila menang tipis 2-1 ke atas Harimau Muda B pada perlawanan tunggal Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), semalam.
Kejayaan mengumpul mata penuh membolehkan Sarawak naik satu anak tangga di tempat kedua dengan 23 mata selepas 12 perlawanan, iaitu empat mata di belakang pendahulu liga PKNS Selangor.
Hujan lebat sebaik permainan bermula nyata menyukarkan keadaan apabila masing-masing mempamerkan permainan yang selamat dan seimbang namun buntu dalam pencarian gol pertama hingga wisel dibunyikan pada babak separuh masa pertama.
Namun keadaan corak permainan berubah pada babak kedua selepas hujan reda apabila kedua-dua pasukan mempamerkan corak permainan yang lebih agresif.
Namun, skuad Bumi Kenyalang nyata lebih unggul apabila ketua pasukan, Zamri Morshidi membuka tirai jaringan pada minit ke-52 menerusi rembatan kencang dalam kotak penalti hasil daripada keadaan kucar-kacir pada barisan pertahanan Harimau Muda B.
Gawang skuad bawah 19 tahun kebangsaan sekali lagi dibolosi apabila Khairul Azahar menyepak masuk bola hasil lorongan dari Zamri Morshidi ke dalam kotak penalti untuk sekali lagi menewaskan penjaga gawang lawan, Mohd Farhan Abu Bakar selang sembilan minit kemudiannya.
Tersentak dengan dua jaringan tersebut, Harimau Muda B cuba bangkit untuk mencari gol tunggal dan memperoleh pada minit ke-85 hasil dari kesilapan barisan pertahanan Sarawak yang tertampan bola masuk ke gawang sendiri dari kaki salah seorang pemainnya menerusi hasil sepakan lemah oleh kapten pasukan Harimau Muda B, D. Saarvindran.
Harimau Muda B terus ghairah memburu gol penyamaan namun terpaksa akur dengan kekalahan akibat masa yang suntuk.
April 23, 2011 - 3:14 am
stady sarawak…aku cyak ktak org boleh..ayuh bujang senag..lmk dh myepi ya..tjuk gk tring,libas gk ekor ya…