Sarawak kembali ke Liga Super 2014
Sarawak layak ke Liga Super 2014
Pasukan Sarawak mengekalkan rekod tanpa kalah dalam saingan Liga Perdana selepas melakar kemenangan bermakna yang melayakkan mereka ke Liga Super Malaysia 2014.
Kemenangan 3-0 ke atas Pos Malaysia bermakna jumlah mata pasukan Sarawak tidak lagi mampu diatasi pasukan tangga ketiga, Johor sekaligus layak secara automatik ke Liga Super musim depan
Walaupun tidak ada gol di babak pertama, mereka telah menjaringkan gol pada minit ke 64 dengan jaringan gol Muamer Salibasic dari tendangan sudut namun, Bobby Gonzales telah memastikan kemenangan mereka dengan menjaringkan gol dua minit sebelum masa tamat.
Harapan Johor masih lagi belum padam setelah mengalahkan Kedah 1-0 di Stadium Pasir Gudang, di mana mereka telah menang enam perlawanan berturut-turut.
Pemain penyerang dari Argentina, Muriel Orlando yang kembali dari pergantungan satu perlawanan telah menjaringkan gol apabila tendangannya mengatasi Abdul Hadi Hamid setelah dihantar oleh Ezequiel Gallegos.
Kemenangan itu juga telah membantu pasukan Johor mendekatkan mata mereka dengan Sime Darby yang berada dikedudukan nombor dua setelah mereka kalah 1-0 dengan SPA FC.
Jaringan hatrik oleh Koh Traore telah memberi pasukan Sabah semangat dengan mengalahkan Kuala Lumpur 3-1 di Stadium Likas.
Pemain Ivori itu telah menjaringkan gol pada minit ke 22 dengan tandukkann yang amat baik tetapi pasukan tuan rumah dapat menjaringkan gol penyamaan lapan minit selpas jaringan gol pertama.
Namun, usaha pasukan tuan rumah tidak dapat memastikan kemenanagan mereka apabila Troare menjaringkan gol enam minit sebelum masa tamat dan menamatkan perlawanan dengan jaringan hatrik.
Di perlawanan lain pada hari Selasa, perlis telah mengalahkan pasukan UiTM FC dengan keputusan 4-0 manakala PDRM dan NS Betaria mendapat keputusan seri 0-0 di Stadium Hang Jebat.
Keputusan Liga Perdana 21 Mei 2013
PDRM 0-0 UiTM FC
Perlis 4-0 NS Betaria
Pos Malaysia 0-3 Sarawak
SPA FC 1-0 Sime Darby
Sabah 3-1 Kuala Lumpur
Luahan Perasaan