Ghaddar tak jadi sertai Felda United

Mohammed Ghaddar Felda United

Liga Malaysia 2013

Bekas pemain import Kelantan, Mohammed Ghaddar tidak akan beraksi bersama pasukan Felda United selepas dia menarik diri pada saat akhir menjelang saingan Liga Malaysia 2013.

Pemain yang berasal dari Lebanon itu sebelum ini dikhabarkan akan menyarung jersi pasukan yang beraksi dalam Liga Super itu, namun semalam Pengerusi Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Datuk Hamidin Mohd. Amin mengesahkan pemain tersebut tidak mengikat kontrak dengan Felda United.

“Ini bermakna Felda United hanya akan menggunakan seorang pemain import sahaja pada musim depan, perkara yang sama turut berlaku kepada pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dengan mengharapkan seorang sahaja pemain import,” katanya pada sidang akhbar di Wisma FAM, Kelana Jaya, kelmarin.

Jelasnya, analisis yang dilakukan selepas mesyuarat JKPT minggu ini dan minggu lalu, setakat ini hanya 34 pemain import akan beraksi dalam saingan Liga Malaysia dan kebanyakan pasukan mendaftarkan dua pemain import.

Kelantan dan Selangor pula mempunyai tempoh sehingga 26 Januari untuk mendaftarkan dua lagi pemain import bagi membantu pasukan tersebut beraksi dalam saingan Piala AFC.

Sementara itu, bagi saingan Piala Sumbangsih yang dijadualkan berlangsung pada 5 Januari depan melibatkan Kelantan dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan diadakan di Stadium Shah Alam pada pukul 8.45 malam.

Related Posts

15 Responses to Ghaddar tak jadi sertai Felda United

  1. pula..tak jadi la gamaknya..

    • Aiseyman kenapa tak jadi? Ni la sorang pemain yg buleh mengelecet lawan. Jarang pemain liga malaysia yg buleh drible mcm dia. Matyo ada lah sikit kemahiran ni. Pemain lain kebanyakannya akan hilang bola. Mcm Hodak kata, walaupun dia individualitic, tapi dia buleh menjadi penentu menang-kalah. Patut team lain ambik dia ni kalau ada wang lebih. Tengok forward team siam, ramai yg buleh drible.

  2. dia taknak main dgn budak-budak kilang sawit!!!

  3. ghaddar ade hal kat kg dia di lubnan, dia ada bela unta, kibasy, sbb tulah, dia tak jadi dtg sini, cuba tanya husein lempoyang atau suleiman akhlaken

  4. mungkin mat ghadar fikir tak ada yg menariknya utk bermain di liga kita selain wang…demand tinggi le tu gamaknya !!!!!

  5. Adik puteh jange sedihlah. Abe Ghaddar banyak sibuklah. Pagi sapa male keno buat roti payelah. Sekare ore Beirut banyak suko make roti paye cicoh samo itu budulah. Lain tawun abe marilah.

  6. HA DEMO TAK TAU KA GADDAR NAK GAJI SAMPAI JUTAAN RINGGIT WEH..

  7. ghaddar ni selfish, tapi buleh jugak wat jadi striker solo… tapi bila dah gaji mintak lebih2 baik cari skillful cam teerasil dangda terus. mahal pon berbaloi baloi

  8. mai kita pakat komen dlm espnstar.my pulok… admin sokernet malas nok update entry la…

  9. Ghaddar ikot ak berhijah..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>