Fandi bangga aksi pemain Johor DT
Jurulatih Johor Darul Takzim (JDT), Fandi Ahmad bangga dengan aksi pasukannya yang berjaya mara ke perlawanan akhir Piala FA 2013.
JDT menang kelebihan gol di tempat lawan walaupun keputusan di Stadium Nasional Bukit Jalil mereka tewas 2-1 kepada Pahang dalam aksi separuh akhir kedua.
Pahang mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil jaringan dua gol oleh Matias Conti. Pada babak kedua, Andrezinho menjaringkan gol penting untuk Harimau Selatan yang membawa mereka ke perlawanan akhir bertemu juara bertahan, Kelantan.
Video Gol Andre Zinho | Pahang 2-1 Johor DT
Fandi Ahmad menyatakan bahawa sikap bekerja keras dan tidak berputus asa yang ditunjuk pemain wajar diberikan pujian.
“Walaupun ketinggalan 0-2 pada babak pertama, pemain kembali bangkit menerusi jaringan Andrezinho pada minit ke-48.
“Mereka kembali bersemangat selepas saya memberi motivasi agar bermain secara bermatian-matian untuk bangkit pada babak kedua perlawanan,” kata Fandi.
Mengulas lanjut, Fandi berkata, beliau mengucapkan terima kasih kepada semua pemain kerana telah berusaha keras untuk membawa pasukan JDT ke pentas final bagi menamatkan penantian selama lima belas tahun untuk mara ke final Piala FA musim ini.
Jelasnya, kejayaan malam tadi merupakan satu detik bersejarah bagi pasukan dari Johor yang kali terakhir layak ke final Piala FA pada 1998 (Johor FA) dan muncul juara selepas mencatat kemenangan tipis 1-0 ke atas Sabah di laman sendiri.
“Motivasi tinggi yang dipamerkan pemain antara kunci kejayaan JDT malam tadi, pemain juga menunjukkan satu semangat yang baik dan itu amat membanggakan saya,
“Apa pun, masih banyak yang perlu ditingkatkan dalam mutu permainan pemain terutama untuk mengharungi perlawanan final nanti,” ujar Fandi yang mengucapkan tahniah kepada pasukan Pahang kerana mereka telah bermain dengan baik pada perlawanan itu.
Video Pahang vs JDT [2-1] All Goals
June 3, 2013 - 9:45 am
macamana boleh ada flare tu????
June 3, 2013 - 10:12 am
Sbb bwk masuk maka adanya flare tu..