FAM jangan double standard

Shahidan Kassim vs FAM

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) dinasihat supaya tidak bersikap ‘pilih kasih’ dalam melaksanakan peraturan mengikut Artikel 88.

Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Datuk Seri Shahidan Kassim berkata, jika tindakan dikenakan ke atas beliau, bermakna FAM sudah menganiaya dirinya selepas tidak mengenakan tindakan sama ke atas ‘individu’ lain yang mencabar FAM.

“FAM jangan double standard, kenapa saya yang terang-terang menyokong kepimpinan dikenakan tindakan, sedangkan beberapa pimpinan persatuan bola sepak lain tidak, walaupun mereka bertindak sebaliknya.

“Saya rasa teraniaya kerana dengan mengharapkan pertolongan bagi membantu persatuan negeri, saya dikenakan tindakan, namun tidak bagi mereka yang enggan menyokong kepimpinan FAM,” katanya.

Menurutnya, beberapa pegawai atasan FAM harus sedar posisi mereka dalam persatuan itu adalah berdasarkan lantikan melalui undian dan bukannya pemberian.

Katanya, transformasi yang dituntutnya menjurus kepada kesediaan FAM membantu pasukan yang mempunyai masalah kewangan.

“Justeru, saya syorkan agar mesyuarat serta siasatan membabitkan kenyataan saya tidak dijalankan kerana ia hanya merugikan wang ringgit serta masa.

“Saya jamin sebaik saja menerima surat siasatan, saya akan serta-merta menarik diri daripada menerajui PFA,” katanya.

Shahidan berkata, FAM juga harus ingat jika tindakan diambil ke atasnya serta penarikan dirinya sebagai Presiden PFA, badan induk itu perlu bertanggungjawab terhadap kesan yang diterima persatuan bola sepak negeri itu.

“Kini segala kebajikan, gaji serta perbelanjaan PFA ditanggung saya sendiri tanpa bantuan mana-mana pihak. Jika saya bukan lagi Presiden, FAM perlu ambil alih pengurusan PFA.” Menurutnya, beliau yakin kebenaran akan memihak dirinya kerana sokongan tidak berbelah bagi ditunjukkannya kepada Presiden Sultan Ahmad Shah serta Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ).

“Ketika ini, saya ibarat teraniaya dengan apa yang berlaku kerana terpaksa berdepan hukuman walaupun saya menyatakan sokongan kepada FAM.” Arena Metro semalam melaporkan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib FAM, Datuk Taufek Abd Razak mengesahkan Shahidan bakal dibicarakan dan surat pertuduhan akan dihantar minggu ini.

Menurut Taufek, sekretariat FAM kini dalam penilaian terakhir mengenai pertuduhan dikemukakan yang dikatakan melanggar Artikel 88 Peraturan 2010-2014 FAM.

Berdasarkan Artikel 88, hanya Presiden dan Setiausaha Agung dibenarkan membuat kenyataan. Sekiranya ada di kalangan mereka yang di bawah naungan FAM ingin membuat kenyataan, mereka perlu meminta kebenaran kongres terlebih dulu.

Info Bola Sepak Terus ke Emel Anda
Pastikan anda tidak ketinggalan post-post yang menarik di sini! Sertai mailing list kami dan semua post akan dihantar terus ke email anda!.
We hate spam. Your email address will not be sold or shared with anyone else.

27 Responses to FAM jangan double standard

  1. Go Go power rangers

  2. hehe…shahidan nak test FAM terrr! Guano gamokkk…klu kritik kena bicara….klu sokong kena bicara jugak kerrr….hahaah! mari ramai2 kita pakat tungguuuuu….judin…jidin…jalankan tugak andaa…

  3. listen listen listen

  4. Semua salah ni, macam hendak hidup, bodek kena hukum, tegurpun kena hukum, maka kalau nak selamat, kena jadi raja gopal

  5. rajagumpal SAYS : BUTUL ITU CAKAP ITU ROHING,SAYA KALU TARAAK LAWAN ITU FAM JUGAKK….SAABAB ITU,, SAYA TARAK RISAU ITU TEAM MALAYA KALAAH TURUK KAA..ATAU ITU RANGKING MURUDUM JATUH KAAA…YANG PENTING SAYA AMPU JUGAK……AMPU JUGAK… ITU PASAL SAMPAI LANI SAYA MASIH KEKAL ITU JAWATAN COACH TIGER MALAYA TEAM…HA.HA..HA..APA YANG PENTING????…AMPU…..APA YANG PANTING??? AMPU.. HE.EHE.HE.. ITU PATUA SAYA BAGI…. KALU YOU IKUT MASTI SALAMAT PUNYA.(tapi dunia saja laaa akhirat balum tantu selamat juga….HA.HA..HAA. SELAMAT MENCOBA RESEPI kejayaan SAYAA….KALO MAHU SELAMAT DALAM…F.A.Maharaja LAWAKKK

  6. saya cadangkan kita pakat ramai-ramai masuk liga S..

  7. sebab FAM ditadbir oleh orang-orang yang BODOH SOMBONG SEMUANYA… SULTAN PAHANG TADBIRLAH NEGERI PAHANG MOLEK-MOLEK.. BERENTILAH URUS PASAL BOLA.. JUDIN N TAUFIK OUT!!!!! KAMI TAK MAHU KAMU!!!! UNDANG-UNDANG ZAMAN PURBA DIGUNA PAKAI… ZAMAN JAHILIAH!!!!!!

  8. PM pun, campurtanganlah sekali… jangan dok asyik 1MALAYSIA je…. eh, lupa lak PM orang pAHANG… BODOH-BODOH SOMBONG SAJE ORANG-ORANG TUA NI… KUBUR KATA MARI2, RUMAH KATA PERGI2… ingatkan dah bijak, rupanya tak…

    • kalau PM campur tangan, confirm FIFA akan ambil tindakan untuk menggantung FAM sebab dalam mana2 persatuan bola sepak dunia, kerajaan adalah dilarang untuk campur tangan. bila FAM digantung maka Malaysia tak layak untuk sertai mana2 kejohanan FIFA. think before talk.

  9. dunia akhir zaman…. semua manusia gila kuasa dan tak tau mengunakan kuasa ke jalan yang benar…

  10. padan muka shahidan..berlagak macam pundek

  11. pengadil pun teruk sekarang… mungkin komen2 terakhir dah tawar ati nak tengok liga tempatan

  12. PBNJ ngan TMJ sokong ko sebab ko sokong perbuatan diorang bawak askar tu…..puiiiiii!!!!

  13. Judin tu Jeneral(Ret)…. Ret tu bukannya Retired tapi RETARDED……

  14. dah rosak la bola sepak kat Malaysia ni…

  15. double trouble betul..

  16. bubar aja FAM TU BUBAR AJA BUBAR AJA…. BAKAU AJA FAM OPS SILAP BUBAR AJA FAM

  17. Pingback: Kurang 24 jam untuk Shahidan jawab tuduhan FAM | Sokernet

  18. Fam dangotai lembu2 buas n liar…celaka pukimak juak2 jahanam ni.

  19. Pingback: Shahidan tak halal duit denda FAM RM39,000 | Sokernet

  20. Erm Shahidan semakin hilang taring, konfius den dibuatnya apa sebenarnya yang org tak suka dengan Shahidan ni yer

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>