FAM keluar surat pertuduhan kepada Bunyamin, Ghaddar

Mohammed Ghaddar vs Bunyamin Umar

Amri Yahyah terima surat pertuduhan dari FAM

PERSATUAN Bola Sepak Kelantan (KAFA) semalam dikejutkan dengan kehadiran surat daripada Jawatankuasa Tatatertib Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) untuk pemain importnya, Mohammed Ghaddar yang didakwa mengasari pemain Selangor, Bunyamin Umar ketika perlawanan Liga Super di Stadium Sultan Muhammad IV, Kota Bharu, 29 Jun lalu.

Ghaddar perlu menjawab surat pertuduhan itu sebelum 1 Ogos ini kerana Jawatankuasa Tatatertib FAM dijangka bersidang pada 2 atau 3 Ogos ini.

“KAFA menerima surat pertuduhan itu hari ini (semalam) dan perlu menjawab sebelum 1 Ogos ini, namun persoalannya kita mahu tahu pertuduhan itu dibuat berdasarkan laporan siapa.

“Adakah Bunyamin atau Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) yang membuat aduan? Jika tiada laporan, FAM tidak boleh membuat pertuduhan,” kata satu sumber dalaman KAFA kepada BH Sukan, semalam.

Beliau yang kesal dengan tindakan FAM itu berkata, badan induk bola sepak negara itu perlu memberi penjelasan kerana yang membuat aduan sebelum ini adalah KAFA, bukan FAS.

KAFA turut tertanya-tanya walaupun perbicaraan belum dilakukan, kini pemain dari Lubnan itu pula bakal dikenakan tindakan disiplin oleh FAM.

Sebelum ini, KAFA membuat aduan kepada jawatankuasa tatatertib itu supaya mengenakan tindakan disiplin terhadap Bunyamin dan seorang lagi pemain Selangor, Amri Yahyah kerana melakukan ‘kekasaran melampau’ terhadap pemain importnya, Ghaddar pada perlawanan sama.

Bunyamin dalam kenyataannya dalam akhbar ini mengaku bertindak terhadap Ghaddar selepas pemain itu melakukan provokasi terhadapnya. Tindakan Ghaddar itu boleh dilihat menerusi rakaman perlawanan berkenaan di YouTube.

Sehubungan itu, dia meminta FAM menjalankan perbicaraan secara telus ke atasnya selain turut mengambil tindakan sama terhadap Ghaddar.

Setiausaha Agung KAFA, Azman Ibrahim, mengesahkan Ghaddar yang kini berada di Lubnan untuk melangsungkan perkahwinannya dan dijangka pulang sekitar Ogos ini menerima surat pertuduhan itu semalam yang antara lain mendakwa pemain import dari Lubnan itu menyerang dan memukul Bunyamin secara fizikal.

“Tapi saya tidak mahu ulas lanjut dan menyerahkan kepada FAM membuat keputusan,” katanya.

Sementara itu, FAS mengesahkan dua pemainnya, Amri dan Bunyamin turut menerima surat pertuduhan itu daripada jawatankuasa tatatertib berkenaan semalam.

“Memang benar FAS baru saja terima surat pertuduhan itu tadi (semalam) untuk dua pemain kami, Amri dan Bunyamin. Mereka diminta menjawab pertuduhan itu sama ada mengaku salah atau minta dibicarakan.

“Kami akan meneliti dahulu surat ini, kemudian baru buat keputusan membalasnya sebelum 1 Ogos,” kata Setiausaha Agung FAS, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika dihubungi, semalam. — Berita Harian

Related Posts

12 Responses to FAM keluar surat pertuduhan kepada Bunyamin, Ghaddar

  1. Dunia akhir zaman……..
    bersedialah semua!

  2. biasa lah zaman sekarang orang jahat di angkat jadi hero habis la . WHY ALWAYS US

  3. Macam jalan cerita Tamil, kalau tidak faham tengok cerita tamil

  4. Ni kes pelik tp benar..harap FAM bleh buat tindakan yg melambangkan profesionalisme..jgn berat sebelah,nti peminat bola semua semakin xrespect FAM..jgn jd kan bolasepak kita makin mundur..

  5. Suka hati FAM la nak buat ape pon

  6. FAM pun dah Macam UMNO
    Ingat FAM Ingat UMNO
    Ingat UMNO Ingat FAM
    Ye la president FAM orang mana
    President UMNO orang mana…..

  7. semua lembu2 ni dah gila kuasa kaki bodekkkkkk…janji masukkkkk

  8. elizabeth bathory

    Everybody knows..FAM always make a joke!

  9. Makan bola
    Tidur bola
    Minum coca cola
    Sultan Bola

  10. fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat fam bangsat!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  11. Sebagai penjelasan kpd komen sdr/i : sebenarnye perkara seperti ini adalah amalan biasa dlm FAM. Dlm statut 89 ada menyebut “FAM berhak mensabitkan sesiapa sahaja yg dirasakan bersalah tanpa sebarang siasatan/bukti yg sahih. Aduan rasmi hanya terpakai kepada beberapa negeri khususnya Kelantan, namun utk Selangor dan Pahang dimana kepentingannya di jamin FAM tidak termasuk dlm peraturan. Sekiranya ada yg membantah, hukuman akan terus diberikan tanpa apa-apa budi bicara”

  12. Pingback: » FAM jahil, tidak faham undang-undang sendiri - Kay Kim | Sokernet

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>