FAM akur desakan, trofi Liga Super diserah 14 Julai

Trofi Liga Super 2012

JAWATANKUASA Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM akhirnya menerima rayuan KAFA untuk mengadakan majlis sambutan penyerahan trofi juara Liga Super 2012 di Kota Bharu.

Sebelum ini, pihak FAM dalam satu mesej kepada Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyatakan The Red Warriors akan menjulang piala pada 20 Julai di Wisma FAM.

“Tidak perlu jadi isu. Musim lalu pun trofi dan hadiah Liga Super disampaikan di Wisma FAM. Lagipun kebetulan pegawai FAM kini sibuk mengendalikan acara bola sepak SUKMA 2012 di Kuantan,” kata Pengerusi JKPT, Datuk Hamidin Mohd Amin ketika di Kuantan, malam tadi.

Dalam reaksi awal, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyambut baik keputusan terbaru FAM menyerahkan trofi Liga Super pada perlawanan terakhir menentang Sarawak di Kota Bharu, 14 Julai (Sabtu) ini.
‎​
Berita baik tersebut disahkan oleh Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail yang dihubungi Datuk Hamidin hari ini.

“Kita mengucapkan terima kasih kepada FAM yang mempertimbangkan rayuan dikemukakan menerusi sepucuk surat oleh KAFA dua hari lalu.
‎​
“Piala tersebut akan disampaikan oleh Naib Presiden FAM, Datuk Affandi Hamzah sebaik sahaja perlawanan Kelantan menentang Sarawak berakhir malam Sabtu ini,” katanya.

Kelantan disahkan sebagai juara Liga Super 7 Julai lalu selepas bergaya membenam Perak 6-0 di Stadium Sultan Muhammad Ke-IV.

Sementara itu dilaporkan satu sambutan akan diadakan di Kota Bharu sempena majlis menjulang piala Liga Super dengan pelbagai aktiviti menarik telah disusun.

Ternyata ia satu berita gembira buat penyokong The Red Warriors setelah beberapa hari diselubungi dengan suasana panas ekoran keengganan FAM untuk mengada sambutan meraikan juara Liga Super 2012 di Kota Bharu.

Bagi mereka, menjulang piala di tempat sendiri adalah hak yang sepatutnya ditunaikan kerana sokongan yang mereka berikan sejak permulaan liga adalah untuk dikongsikan bersama pemain dan penyokong The Red Warriors keseluruhannya.

Sebelum ini pemain pertahanan Kelantan, S Subramaniam turut kecewa apabila FAM mahu menyerahkan trofi Liga Super di Wisma FAM.

Subramaniam persoal tindakan FAM serah Piala Liga Super di pejabat

Related Posts

11 Responses to FAM akur desakan, trofi Liga Super diserah 14 Julai

  1. Akhirnya.. Buka Telinga juga FAM.. Baguslah tu.. dan untuk semua penyokong bolasepak negara dan negeri.. teruskan perjuangan anda .. tegurlah FAM walaupun kadangkala menimbulkan situasi “ketololan”.. mujurlah gegendanga telinga FAM masih berfungsi.. Apapun syabas FAM buat keputusan yang paling bernas ketika suhu mendidih..

  2. Alhamdulillah….akhirnye FAM akur jua kehendak fans!!! Brula btoi…..

  3. jgn komen lbh2 subra ..kna gntung xleh main sjo

  4. penyokong : Alhamdulillah….dapat jgk merasa detik2 kegemilangan meraikan kejayaan pasukan..

    FAM : Hahaha..baru korang tau siapa berkuasa…(dalam hati perasaan puas hati dapat memperkotak katikkan/memperbudakkan pasukan anak tiri..) agenda biasa…

  5. Tau pun takut !!! Aritu bila teganu mengamuk pasal pemain import, cepat2 FAM give in. Kali ni kalau KAFA antor budak pejabat ambik tropi bawak balik baru padan muka.

  6. ak setuju dgn tweet subra ni cuma xberapa setuju dgn point EURO 6 games in a month,MSL 9 Games in a month.maaf sbb lari dari topik asal.ak rasa sbgai pemain pro,liga kita kira xbegitu padat berbanding EPL sbgai cnth sbb liga tu popular.mereka ada EPL,UCL(Europa),FA,League Cup.kita baru makan 7 bulan nk menang Liga Super.EPL 10bulan.itu pn jurulatih dh bising kata jadual padat.

    • 10 bln sbb ad 38 games..liga super 26 games je. pastu game sabtu ng slasa..meme la pnt

    • Bro, subra punya point senang & direct je. Players bertungkus lumus main utk 7-8 bulan untuk kejar kejuaraan tapi at the end persatuan budak2 terencat (FAM) seolah2 menafikan/memperlekehkan perjuangan mereka dgn bagi tropi kat ofis.

  7. sebab kelantan yang menang kalau spore menang minggu lepas dah bagi tu

    • kalau spore yang menang, presiden sendiri yg tukang bagi dan seluruh warga FAM akan hadir masa penyampaian tropi.

  8. cayalah subra. memang kacak. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>