Penyokong Kelantan berang tiket final Piala FA habis dalam tempoh 10 minit

tiket final piala fa 2013

Lebih 2,000 penyokong bola sepak Kelantan, merusuh selepas tiket bagi perlawanan akhir Piala FA antara Kelantan menentang pasukan Johor Darul Takzim (JDT) yang dijadualkan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur habis dijual di kaunter tiket di Stadium Sultan Muhammad V.

Tiket tersebut habis dijual walaupun seawal 10 minit selepas kaunter tiket dibuka pada jam 9 pagi tadi.

Tinjauan Sinar Harian mendapati, orang ramai mula beratur di hadapan kaunter tiket seawal jam 7 pagi bagi mendapatkan tiket untuk menyaksikan pasukan kesayangan mereka berentap pada Sabtu ini.

Tindakan terbabit menyebabkan pintu masuk orang kenamaan (VVIP) turut mengalami kerosakan akibat dirempuh sekumpulan penyokong.

- Sinar Harian

tiket final piala fa habis

Penyokong Kelantan mengamuk

KOTA BHARU - Ribuan penyokong The Red Warriors yang berang merempuh pintu utama stadium selepas tiket perlawanan akhir Piala FA habis dijual dalam tempoh lima minit sejurus kaunter jualan mula dibuka 9.30 pagi, semalam.

Situasi tersebut menimbulkan kemarahan penyokong-penyokong The Red Warriors yang kebanyakan mula beratur di kaunter jualan di Stadium Sultan Muhammad IV, di sini seawal pukul 6.30 pagi untuk membeli tiket tersebut.

Mereka yang ditemui meluahkan rasa kecewa dengan tindakan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) yang disifatkan tidak berlaku adil dengan tindakan tersebut.

Seorang penyokong, Mohd. Hamdan Abdul Mutalib, 37, mempersoalkan bagaimana tiket tersebut boleh habis dijual dalam tempoh lima minit sebaik sahaja kaunter jualan dibuka.

Menurutnya, dia hairan bagaimana perkara ini boleh berlaku sedangkan tiket mula dijual kepada penyokong mulai semalam.

“Ini bukan kali pertama masalah ini berlaku. Setiap kali Kelantan beraksi pada perlawanan akhir kejadian ini pasti berulang dan saya teramat kecewa dengan tindakan KAFA ini.

“Selaku penyokong saya rasa tertipu dengan tindakan ini. Saya beratur seawal pukul 7 pagi semata-mata untuk mendapatkan tiket final, namun apa yang ada hanyalah tiket perlawanan Liga Super antara Kelantan dengan Pahang.

“Tindakan KAFA berbuat demikian bukanlah sesuatu yang bijak. Tiket final sepatutnya dijual secara berasingan dengan perlawanan biasa, ini bagi mengelakkan berlakunya kesesakan di kaunter jualan,” katanya di sini, semalam.

Mohd. Hamdan mendesak KAFA memberikan penjelasan kepada penyokong berhubung insiden tersebut.

Seorang lagi penyokong, Nurul Azuan Zulkifli, 23, memberitahu apa yang mengejutkannya, ada beberapa individu yang bertindak sebagai ulat menjual tiket final dengan harga tinggi daripada harga asal.

“Saya terkejut, bagaimana ulat boleh mendapat tiket-tiket final, sedangkan pengumuman yang dibuat pada pukul 10.30 pagi memberitahu tiket telah habis terjual.

“Bukan itu sahaja, tiket tersebut dijual dengan harga antara RM45 hingga RM80 untuk sekeping,” ujarnya.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, lebih 1,000 penyokong Kelantan beratur panjang untuk membeli tiket final, bagaimanapun gagal selepas tiket berkenaan habis dalam tempoh lima minit.

4 Responses to Penyokong Kelantan berang tiket final Piala FA habis dalam tempoh 10 minit

  1. Patut tukar tajuk ” 30000 Tiket ghaib angkara VVIP POLITIK DAN SEKUTUNYA SANG ULAT”.

  2. Apo motif gambr tu dgn tajuk? Gilo apo.hahaha

  3. KAFA pun doh bengong ko

    Lain kali kalau x nak kecoh…declare awal, bagitau hanya 10 tiket akan dijual distadium. Yang lain semua dah kena booked oleh ahli2 politik murahan yg nak tumpang kejar glamour dan ejen ulat taik yg nak buat untuk mudah.

    • Wa org selatan. Tp wa simpati dengan penyokong dtg beratur. Kesian kat dorg penat tggu weh. Pihak berwajib mcm lahanat menyusahkan org ramai. wa kasi 5 bintang dengan title cibai kia pada geng2 sedut tiket. FCUK!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>