Baki 6,000 tiket Final Piala FA dijual hari ini
Perhitungan Final Piala FA 2012
SEBANYAK 79,000 tiket perlawanan akhir Piala FA antara Sime Darby dan Kelantan di Stadium Nasional Bukit Jalil malam ini, sudah dijual.
Pengerusi Jawatankuasa Pengelola Perlawanan Akhir Piala FA, Datuk Hamidin Mohd Amin berkata baki 6,000 tiket perlawanan itu akan dijual kepada peminat di sekitar Lembah Klang di kaunter Stadium Nasional, bermula pukul 10 pagi ini.
“Kita yakin dengan sambutan menggalakkan daripada peminat bola sepak untuk menyaksikan perlawanan ini, baki tiket tersebut akan habis dijual esok,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pengurus pasukan perlawanan akhir Piala FA di sini, Jumaat.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Salleh Mat Rashid berkata pihaknya akan mengetatkan kawalan di kawasan stadium bagi memastikan tiada kejadian tidak diingini berlaku.
Beliau yang juga Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, turut mengingatkan penyokong kedua-dua pasukan supaya tidak membawa bahan larangan seperti mercun dan bunga api kerana tindakan tegas akan diambil kepada mereka yang berdegil.
- BERNAMA
May 19, 2012 - 11:16 am
jom org selangor kita pergi b.jalil pakai baju merah main mercun dan bunga api, biar kafa kena denda byk2…. apamacam.
May 19, 2012 - 12:47 pm
PDRM sila siasat…buktikan PDRM telus
May 19, 2012 - 3:11 pm
hah , bwk smua yg ada kt umah kau tu … senapang , meriam , parang ….. yg kna byar KAFA .,, yg msuk lokap kau bahlol !!!!!
May 19, 2012 - 3:14 pm
busuk hati nyer..isk..isk..isk..
May 19, 2012 - 8:03 pm
jika blaku apa2 mlm arap admin sokernet bgi email mamat ni kpd polis….polis siasat tak…biasa kalu qlate salah je dio kecoh satu malaysia
May 19, 2012 - 8:05 pm
atau yg ni bole dijadikan barang kes utk buat laporan polis..apa mcm geng2
May 19, 2012 - 11:36 am
Dun wori geng2 anti kelate… Mlm ni kelate kena Ayam ngan sime Darby… Yosssshhh!
May 19, 2012 - 12:49 pm
biasalah org melayu kaya ngn Phd…xleh tgok bangsa sdiri bjaya…rela tgok lion tu juara liga M dr rakyat m’sia sdiri
May 19, 2012 - 3:07 pm
oooo tkut nyerrr …. kna ayam tu ,,,, wooii mael lambing (sbnrnya kambing) yg kau cbuk psal team org ny pesal ….. yg klah buat lerr cra klah …. bkan nyer nk bri smgat …. aq x ksah klau kau nk skong sime darby … tp tlong btolak ansur ckit …. jgn la smpai nk hna pskan org lae ….. ank kmbing mnew ny yeww?????
May 19, 2012 - 3:15 pm
mimpi lar kau di siang hari..ha.ha.ha.
May 19, 2012 - 2:00 pm
Ciannya tgk sape2 yg provok klate, nk sokong team sndiri awl2 lg dh kong!!! Dapat sokong Sime Drby pn jaaaaadi le!!! Dgki lagi 2 nk dajalkn penyokong klate. Spatutnya kita memperkasakan team sndiri supaya lbih baik dan berjaya…..tp sifat dengki pulak yg menguasai diri!!!
May 19, 2012 - 3:13 pm
yerrr…saya setuju!!
May 19, 2012 - 3:41 pm
Salam semua…Ada lagi pengikut-pengikut macam perangai Man Laksa kat dlm forum ni…Udah-udah lee..Man Laksa pun dah senyap dah, ni ada pulak yang menokok tambah pulakkk…Orang nak tengok bola dgn harmoni, nak tengok “quality football”, bukannya provokasi yang tak de faedah mcm ni…Majulah bolasepak untuk negara!