Azamuddin kecewa gagal bawa Pahang ke final
Akur dengan keputusan yang tidak memihak kepada pasukannya, penyerang Pahang, Mohd Azamuddin Akil pastinya individu paling kecewa selepas gagal mengulangi pencapaian mara ke final Piala FA tujuh tahun lalu, apabila dikecewakan Johor Darul Takzim (DT) pada separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil kelmarin.
Walaupun berjaya memenangi perlawanan dengan keputusan 2-1 untuk terikat secara agregat 2-2, jaringan tunggal tonggak import Johor DT, Andre Francisco de Silva atau Andrezinho sudah cukup untuk menghampakan harapan puluhan ribu penyokong skuad Tok Gajah untuk bertemu juara bertahan, Kelantan di final, pada 29 Jun ini.
Mohon maaf kepada penyokong
Itulah permainan bola sepak. Kami bermain baik pada separuh masa pertama untuk mendahului permainan dengan dua gol tetapi 10 minit awal babak kedua, kami sedikit leka sehingga memberi peluang mudah kepada lawan menjaringkan gol.
Apa boleh buat, mungkin malam ini (kelmarin) bukan nasib kami untuk layak ke perlawanan akhir. Saya tahu penyokong Pahang cukup kecewa dengan keputusan ini.
Ini keputusan yang mengecewakan peminat Pahang. Saya mewakili pasukan memohon maaf kepada penyokong kerana gagal membawa pasukan ke final tahun ini, katanya.
Kali terakhir Pahang layak ke final ketika menjulang piala itu pada 2006 selepas mengalahkan Perlis 4-2 menerusi sepakan penalti.
Pada perlawanan pertama di Stadium Tan Sri Hassan Yunos di Larkin, 25 Mei lalu, Johor DT mencatatkan kemenangan tipis 1-0 menerusi jaringan Leonel Nunez.
June 3, 2013 - 4:14 pm
Jgn kecewa, anda dalam dalam radar JDt tahun depan. Gaji 120 ribu
June 4, 2013 - 7:23 am
Tak payah le main dgn jdt……safiq rahim,azmi muslim, muslim ahmad…..dah “jiwa” agaknya