Piala FA: MB Terengganu kecewa mutu pengadilan
“SAYA tidak kecewa Terengganu gagal melangkah ke perlawanan akhir Piala FA, tetapi saya kecewa sebab mutu pengadilan tidak cekap.”
Demikian tegas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said ketika mengulas kegagalan skuad Penyu melayakkan diri ke final Piala FA selepas tewas dengan agregat 6-5 kepada Kelantan pada perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu petang kelmarin.
Ahmad memberitahu, sekiranya mutu pengadilan bola sepak negara tidak ditingkatkan dan masih berada di tahap yang kurang profesional, beliau yakin sukan bola sepak negara tidak akan mencapai kegemilangannya.
“Saya malas nak komen banyak-banyak, nanti ada yang suruh saya jadi presiden, tetapi kalau saya jadi presiden, saya jamin tidak sampai enam bulan saya akan dipecat.
“Tetapi, saya mahu mengingatkan pihak berkaitan, jika Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak mengambil tindakan segera, sukar untuk sukan bola sepak negara pergi lebih jauh,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tentang kekecewaan penyokong Terengganu terhadap mutu pengadilan pada perlawanan menentang Kelantan kelmarin.
Pada perlawanan separuh akhir kedua itu, Terengganu terlebih dahulu membuat kejutan dengan mendahului 4-0 ke atas Kelantan, namun kedudukan tersebut berubah sebaik perlawanan memasuki masa kecederaan yang menyaksikan Kelantan berjaya menjaringkan satu gol untuk mengikat agregat 5-5 sekali gus mengheret perlawanan ke masa tambahan.
Bagaimanapun, skuad Penyu gagal menyekat kemaraan anak-anak buah Bojan Hodak yang berjaya memperoleh gol kedua pada masa tambahan untuk menjadikan kelebihan agregat 6-5.
Insiden Kad Merah Effa Owona
Pada perlawanan tersebut, pengadil, Suhaizi Shukri telah melayangkan kad merah kepada penyerang import Terengganu, Effa Owana dan Abdul Manaf Mamat akibat mengasari pemain Kelantan sehingga mengakibatkan anak-anak buah E. Elavarasan ‘tempang’ bermain dengan sembilan pemain pada masa tambahan.
Ahmad tetap memuji persembahan pasukan Terengganu yang mempamerkan aksi terbaik sehingga menyebabkan pasukan Kelantan terpaksa bertungkus-lumus untuk memperoleh kemenangan.
Bagaimanapun, beliau melahirkan rasa kecewa dengan dua pemain pasukan itu, Effa Owana dan Abdul Manaf yang dilihat tidak bertindak secara lebih profesional.
“Owana sepatutnya lebih profesional kerana tindakan dia menyebabkan pasukan hilang fokus pada saat-saat akhir dan Manaf pula, dia memang tidak boleh bermain kerana saya lihat dia cedera dan kemudian dia bertindak menendang pemain Kelantan sehingga menyebabkan dia menerima kad merah,” katanya.
- Kosmo
Video Terengganu 4-2 Kelantan
May 30, 2013 - 11:52 am
Aik mula mula kata kecewa Dengan mutu pengadilan
Lepas tu kecewa Dengan sikap tak professional
Effa OWANA Dan Manaf mamat
Nasib baik stadium tak runtuh
Kita pun kecewa la negeri yang kaya raya Dengan minyak
Tapi lampu kat stadium tak lepas untuk main malam…
Zizan pun kecewa sebab peserta raja lawak 7
Ganu tersingkr…memang tak sedap pun
May 30, 2013 - 3:11 pm
aku pun pelik gak kalau dah 5,6 kali kena tegur asyik meroyan je pas tu bagi flying kick tak dpt kad kuning…/merah…
aku lg kecewa dgn mutu pengadilan klu effa dgn manaf tak dpt kad.
maaf ni pandangan peribadi hamba.
May 30, 2013 - 7:24 pm
Dato MB pn jgn emosi…nanti kena kad merah jgk…
May 31, 2013 - 10:44 am
org yg bercakap ni bkn belajar tinggi cakap belit2 mcm ular…
May 31, 2013 - 4:19 pm
wa tau lu tu blajo tggi sgt smpai U. tp sejarah suku sakat selangor pun xtau. org asal selangor tau ler. tnya org tua2 atau pakcik2 ko dulu. ape da lu. dulu johor perang dgn belanda, selangor pun terlibat sbb satu gen bugis melayu,dari indon pun dtg dr siak. bile selangor kena hentam 13 mei ngn cina suku mana yg dtg tlg plk? tu banjar ngn jawa johor dgn perak.
May 31, 2013 - 4:31 pm
puii